Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
antv, singkatan untuk Andalas Televisi, ialah stesen televisyen swasta Indonesia yang berpusat di Kota Bandar Lampung. Pada awal penubuhannya, stesen ini ialah sebuah stesen televisen tempatan bagi penduduk Lampung, Sumatera dan mengkhususkan penonton remaja (usia 13 - 25 tahun) tetapi dalam perkembangannya, stesen ini menjadi stesen untuk segala usia yang sama dengan stesen televisyen yang lain. antv dimiliki oleh konglomerat Aburizal Bakrie[1] dan sekarang dikelolakan oleh anaknya, iaitu Anindya Bakrie.
Jenis | Rangkaian televisyen |
---|---|
Negara | Indonesia |
Pemancar | Seluruh negara |
Ahli gabungan |
|
Slogan | antv Rame |
Ibu pejabat | The Convergence Indonesian Building Lt.26-28, Kawasan Rasuna Epicentrum Jl. H.R. Rasuna Said, Karet Kuningan, Setiabudi, Jakarta Selatan 12940, Indonesia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Indonesia |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik |
|
Induk | Bakrie Group (sejak 1993) |
Orang penting |
|
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Diasaskan | 25 Oktober 1990 |
Dilancarkan |
|
Pengasas |
|
antv dilancarkan pada 1 Januari 1993 di provinsi Lampung. Pada bulan yang sama, pemerintahan Indonesia memberi lesen kepada antv untuk membuat siaran di seluruh negara dan syarikat itu memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta Selatan. Ia memiliki 21 buah stesen siaran yang berupaya menyiarkan kepada 154 buah bandar raya. Sejak 29 Disember 2004, stesen ini juga mula menyiarkan versi 2 jam rancangan Sky News Sunrise dari pukul 13:00 hingga pukul 15:00.
Pada 30 September 2005, antv menjalin kerjasama dengan STAR TV, operator satelit dan kabel di Hong Kong yang dimiliki oleh Rupert Murdoch menerusi News Corp. Kini STAR TV mempunyai 20% saham antv, had tertinggi pemilikan syarikat asing dalam syarikat media tempatan yang dibenarkan di bawah undang-undang Indonesia.
antv memiliki 5% daripada bahagian pasaran penonton Indonesia sebanyak 180 juta orang dan bersaing dengan 10 rangkaian negara yang lain, selain daripada stesen-stesen tempatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.