Remove ads

Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.

Kitar Otto

Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.

Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:

  1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
  2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
  3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.
Thumb
Kitar empat lejang (atau kitar Otto)

Thumb Thumb Thumb
Kedudukan asal, lejang masukan, dan lejang mampatan.
Thumb Thumb Thumb
Pembakaran bahan api, lejang kuasa, dan lejang ekzos.

Remove ads

Bibliografi

  • Hardenberg, Horst O., The Middle Ages of the Internal combustion Engine, Society of Automotive Engineers (SAE), 1999

Lihat juga

Pautan luar

Remove ads

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads