From Wikipedia, the free encyclopedia
2014 S/S merupakan album penuh pertama daripada kumpulan muzik Korea, Winner. Ia dilancarkan dalam dua edisi iaitu edisi digital serta edisi fizikal (dengan 2 versi terhad dan 1 versi pelancaran) di bawah YG Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Runut utamanya, "Kosong" berjaya menduduki tangga teratas dalam carta-carta muzik utama di Korea Selatan dan beberapa lagu lain juga berada dalam tangga 10 teratas dalam iTunes di beberapa buah negara lain.[1]
2014 S/S | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 12 Ogos 2014 (Digital) 14 Ogos 2014 (Fizikal) (sejarah pelancaran) | |||
Genre | K-pop, Balada, Hip-hop, Elektronik, Raggae | |||
Panjang | 35:53 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | YG Entertainment | |||
Penerbit | Kang Seung-yoon | |||
Kronologi Winner | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Winner mula melancarkan teaser yang berjudul 'The Visitor' di laman YouTube rasmi mereka pada 10 Jun 2014[2][3] dan ini diikuti rancangan pelancaran rasmi yang memaparkan jadual teaser seterusnya dalam jangka masa tiga minggu kemudian akan datang.[4][5] Teaser-teaser tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian dengan tiga judul iaitu 'Test Week' pada minggu pertama, 'New York Week' (minggu kedua) dan minggu yang terakhir dengan tajuk 'Winner Week'. Untuk teaser terakhir dalam jangka masa tersebut, ia memaparkan satu lagi tarikh untuk teaser pelancaran besar 'WINNER Debut Album 2014 S/S' pada 1 Ogos.[6] Selepas dua bulan dalam menjalani promosi, akhirnya teaser dengan tarikh penampilan sulung di Korea dengan wadah pelancaran diadakan pada 6 Ogos serta album 2014 S/S akan dilancarkan secara digital pada 12 Ogos dan secara fizikal pada 14 Ogos.[7]
Album ini terdiri daripada sepuluh buah lagu di mana dua daripadanya telah dijadikan sebagai runut utama iaitu "Kosong" (tajuk asal: 공허해) dan "Color Ring" (tajuk asal: 컬러링). Dua buah lagu lagi daripada album ini adalah lagu solo iaitu "Aku Dia" (tajuk asal: 걔 세) nyanyian Song Min-ho dan "Pengakuan" (tajuk asal: 고백하는 거야) nyanyian Nam Tae-hyun. Kesemua ahli Winner telah mengambil bahagian dalam kesemua lagu yang terdapat dalam album ini termasuklah dari segi gubahan, seni kata dan juga susunan lagu.[8]
Bagi mempromosikan album ini, satu acara wadah telah diadakan pada 6 Ogos 2014 di Hotel Conrad Seoul sebelum penampilan sulung Winner dibuat.[9][10] Dua buah video muzik juga dilancarkan iaitu untuk lagu "Kosong" dan "Color Ring".[9] Winner akan membuat penampilan sulung di rancangan muzik televisyen bermula di SBS Inkigayo pada 17 Ogos.[11]
※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "공허해" (Kosong) | B.I, Song Min-ho, Bobby | PK, B.I | PK | 3:40 | |||||
2. | "컬러링" (Color Ring) | Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoon | Kang Seung-yoon, Kang Uk-jin, Ham Seung-chun, Dee.P, Cho Sung-hwak | Kang Uk-jin, Ham Seung-chun | 3:55 | |||||
3. | "끼부리지마" (Jangan Mengurat) | Kang Uk-jin, Song Min-ho, Lee Seung-hoon, Ham Seung-chun, Cho Sung-hwak | Kang Uk-jin, Ham Seung-chun, Cho Sung-hwak | Kang Uk-jin, Ham Seung-chun | 3:25 | |||||
4. | "걔 세" (Aku Dia) (solo Minho) | Song Min-ho | Song Min-ho, Teddy, Choice37 | Teddy, Choice37 | 2:52 | |||||
5. | "척" (Pura-pura) | Song Min-ho | Kang Seung-yoon, Song Min-ho, The Fliptones | The Fliptones | 3:23 | |||||
6. | "고백하는 거야" (Pengakuan) | Nam Tae-hyun | Nam Tae-hyun, AiRPLAY, Cho Sung-hwak | AiRPLAY | 4:07 | |||||
7. | "사랑하지마" (Jangan Bercinta) | Nam Tae-hyun, Song Min-ho, Lee Seung-hoon | Kang Uk-jin, Nam Tae-hyun, Ham Seung-chun | Kang Uk-jin, Ham Seung-chun | 3:53 | |||||
8. | "Different" (Lain) | Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoon | Kang Seung-yoon, Song Min-ho | AiRPLAY | 3:57 | |||||
9. | "이 밤" (Malam Ini) | Nam Tae-hyun, Song Min-ho | Nam Tae-hyun, AiRPLAY | AiRPLAY | 3:22 | |||||
10. | "Smile Again" (Senyum Lagi) | Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Lee Seung-hoon | Kang Seung-yoon, Song Min-ho, Dee.P | The Fliptones | 3:19 | |||||
Jumlah masa: 35:53 |