From Wikipedia, the free encyclopedia
10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.
10 Briged Para | |
---|---|
Aktif | 1970 - kini |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Angkatan Tentera Malaysia |
Jenis | Pasukan Elit |
Peranan | Pencegah Keganasan, Pasukan elit Payung Terjun |
Saiz | Sulit |
Sebahagian daripada | Tentera Darat Diraja Malaysia Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Pangkalan | Markas 10 PARA, Kem Terendak, Melaka |
Nama samaran | Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) |
Moto | Tindak Pantas |
Warna Beret | Beret Merun |
Kawat | Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan |
Peringatan | 10 Oktober 1994 |
Pertempuran | Operasi Astute Ops Pasir MALCON - UNIFIL 2007 Laman Web Log |
Komander | |
Kolonel Rejimen | Mej Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal |
Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.
Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.
10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.
Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.
Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus @ (APAC)=Asas Pasukan Aturgerak Cepat. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) Lanjut.
Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.
Senjata | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal/Karbin | Sniper Rifles | Mesingan | ||
Beretta M92F/S | Remington M870 | HK MP5SD2 | Colt M4A1 SOPMOD Block I | Acc-Int. PM | FN MAG | ||
Browning HP Mk.3 | HK MP5SD3 | Colt M16A1 Model 653 | MacMillan M96 | FN Minimi | |||
Colt M1911A1 | Steyr AUG | HK 11A1 | |||||
Glock 19 | |||||||
HK P9S | |||||||
HK USP9 | |||||||
Sig Sauer P226 | |||||||
Vektor SP1 | |||||||
Data Senjata Pelancar Roket dan Grened | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelancar Grened | Negara | Anti Kereta Kebal | Negara | Pertahanan Udara | Negara | ||
M203 | Amerika Syarikat | AT-4 | Sweden | Starburst | United Kingdom | ||
M79 | Amerika Syarikat | Carl Gustav recoilless rifle | Sweden | SA-16 Igla 9K310 | Rusia | ||
Milkor MGL | Amerika Syarikat | M72 LAW | Amerika Syarikat | Misil Anza Mk.II | Pakistan | ||
Eryx SRAAW | Perancis | Blowpipe | United Kingdom |
Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:
Selain Brigedier Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah mantan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Md. Hashim Hussein, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin, Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin juga Mantan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa dan Panglima 1 Divisyen sekarang iaitu Mej Jen Dato' Mazelan bin Kasap. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratrooper wanita.
Pada tahun 2000, 10 PARA terlibat dalam operasi Ops Pasir di Sabah untuk menentang pencerobohan pengganas daripada kumpulan militan daripada Filipina daripada mencerobohi perairan Malaysia. Kumpulan ini terdiri dari Batalion Infantri Para. Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timor Leste dalam Operasi Astute. [1]
Unit ini turut terlibat dalam operasi-operasi seperti:
Operasi | Negara | Tahun |
---|---|---|
Malaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman | Pakistan | |
MASMEDTIM, Kashmir | Pakistan | |
MASMEDTIM, Acheh | Indonesia | |
Operasi PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) | Malaysia | 2000 |
Operasi Astute[2] | Timor Leste | 2006 |
MALCON-UNIFIL 2007-2013 | Lubnan | 2007 |
Insiden Genting Sempah | Malaysia | 2007 |
Gerila Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah (Ops Daulat) | Malaysia | 2013 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.