Zooey Deschanel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zooey Claire Deschanel (/ˈzoʊi ˌdeɪʃəˈnɛl/; lahir 17 Januari 1980) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Mumford (1999), diikuti oleh peranan pembantu dalam filem separa autobiografi Cameron Crowe Almost Famous (2000). Deschanel tidak lama kemudian dikenali menerusi peranan komedi deadpan dalam filem seperti The Good Girl (2002), The New Guy (2002), Elf (2003), The Hitchhiker's Guide to the Galaxy (2005), Failure to Launch (2006), Yes Man (2008), dan (500) Days of Summer (2009).[1][2][3] Beliau juga melakonkan watak dramatik dalam filem seperti Manic (2001), All the Real Girls (2003), Winter Passing (2005) dan Bridge to Terabithia (2007).[4][5] Sejak 2011, beliau memainkan watak Jessica Day dalam sitkom Fox New Girl, yang mana beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy dan pencalonan Anugerah Golden Globe.
Zooey Deschanel | |
---|---|
![]() Deschanel di Festival Filem Antarabagsa San Francisco ke-57 pada Mei 2014. | |
Kelahiran | Zooey Claire Deschanel (1980-01-17) 17 Januari 1980 (umur 44) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Saudara | Emily Deschanel (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2001–kini |
Pengkarya berkait | She & Him |
Untuk beberapa tahun bermula pada 2001, Deschanel mengadakan persembahan di kabaret jazz If All the Stars Were Pretty Babies bersama rakan pelakon Samantha Shelton.[6] Selain nyanyian, beliau bermain keyboard, perkusi, banjo, dan ukulele.[7] Pada 2006, Deschanel bekerjasama dengan M. Ward mengeluarkan album sulung Volume One, di bawah nama She & Him pada Mac 2008. Mereka melancarkan album seterusnya Volume Two, pada Mac 2010, bersama album Krismas mereka A Very She & Him Christmas dikeluarkan pada 2011, Volume 3 pada 2013, dan Classics pada 2014. Beliau juga menerima pencalonan Anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik Ditulis untuk Media Visual untuk lagunya "So Long", yang dimuatkan dalam runut bunyi Winnie the Pooh.
Deschanel juga pengasas bersama laman web HelloGiggles, yang telah dibeli oleh Time, Inc. pada 2015.[8]