Zhuyin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zhuyin fuhao (Cina Tradisional: 注音符號code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 注音符号code: zh is deprecated , pinyin: Zhùyīn fúhào), atau "Simbol-simbol Anotasi Bunyi", sering diringkaskan sebagai Zhuyin, atau juga dikenali sebagai Bopomofo (ㄅㄆㄇㄈ) sempena empat aksara pertama aksara fonemik bahasa Cina (bo po mo fo), merupakan sistem fonetik kebangsaan Taiwan bagi mentranskripsi bahasa Cina, terutamanya bahasa Mandarin, untuk orang-orang yang belajar membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa ini.
Zhuyin/Bopomofo | |
---|---|
Jenis | Alfabet dengan ciri-ciri abugida
|
Bahasa | Bahasa Mandarin Baku |
Tempoh masa | 1913 hingga kini, digunakan sebagai aksara rubi |
Aksara induk | Aksara Cina
|
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Bopo, 285 |
Alias Unikod | Bopomofo |
Sejarah Huruf |
---|
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM |
Maruwi 3 SM |
Salasilah lengkap |
Sistem ini menggunakan 37 simbol khas untuk mewakili bunyi-bunyi bahasa Mandarin: 21 konsonan dan 16 vokal. Setiap simbol melambangkan sekumpulan bunyi-bunyi tanpa banyak kekaburan, serta juga dijadikan asas untuk Braille bahasa Cina.