Zamani Ibrahim
Penyanyi dan pelakon Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi ahli politik Malaysia, lihat Zamani bin Ibrahim.
"Zamani Slam" dilencongkan di sini.
Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau dan beliau juga pernah dicalonkan antara penyanyi terbaik di Asia.[3] Kekuatan dan kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.[4]
Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Zamani Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Zamani bin Ibrahim (1971-05-25) 25 Mei 1971 (umur 53) |
Nama lain | Zamani Slam |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Pasangan | Nur Juliana Abdul Rani (k. 2019) |
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop rock, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1991–kini |
Syarikat rakaman | BMG Music Nova Music Faithful Music KRU Music |
Pengkarya berkait | Slam, Saga |
Tutup