Penyanyi veteran wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Zaiton binti Haji Sameon merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian pada tahun 1980-an.[1]
Zaiton Sameon | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Zaiton binti Haji Sameon |
Juga dikenali sebagai | Zaiton Sameon |
Kelahiran | 2 Julai 1956 |
Berasal dari | Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia |
Genre | Slow rock, balada, pop |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1987–1990 2009–kini |
Syarikat rakaman | Family Group Musical (FMG) [1987, 1988] Matahari / BMG [1997] |
Zaiton Sameon dilahirkan di Negeri Sembilan pada 2 Julai 1956[2]. Beliau mengakui minatnya untuk bergelar penyanyi bermula ketika masih kecil lagi. Beliau menganggap penglibatan dirinya sebagai penyanyi adalah didorong oleh keluarga yang sememangnya terlibat secara langsung dalam bidang seni tari. Arwah bapanya aktif dalam bidang seni tari di negeri kelahirannya, Melaka. Sejak kecil lagi, beliau telah menyaksikan persembahan tarian bapanya di sekitar Melaka. Pada awal tahun 70 an, beliau menyertai Band Polis Hutan (BPH) untuk mengasah bakat dalam seni suara. Bekas suaminya merupakan salah seorang ahli kumpulan tersebut. Pada pertengahan tahun 70 an, beliau mula menerima tawaran untuk menyanyi di kelab malam.
Ketika menghadiri persembahan nyanyian di hotel terkemuka pada awal 80-an, beliau ditawarkan untuk merakamkan album pertama, "Menaruh Harapan".
Zaiton mula mencipta nama apabila menjuarai Juara Lagu 1987 menerusi lagu popularnya Menaruh Harapan ciptaan A. Ali, dan lirik ditulis oleh Habsah Hasan.
Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah mengalami gangguan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan "album Kami Bersamamu Zaiton Sameon".
Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Beliau masih lagi mendapat banyak undangan nyanyian sehingga kini.
Pada bulan Jun 2015, Zaiton Sameon mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Album terbaru daripada "Zaiton Sameon" , Terimalah Aku sudah selesai dirakam pada tahun 2016 tetapi masih belum dilancarkan kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan mungkin bakal dilancarkan pada tahun 2017. Album baru tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu balada dan melodinya lebih kepada lagu era 90-an kerana beliau beranggapan bahawa penggemar muzik masih lagi menggemari lagu-lagu era 90-an.
Selain aktif dalam bidang nyanyian, Zaiton Sameon turut menceburi dalam bidang perniagaan. Rendang Nasib daripada Dapur Zaiton Sameon turut mendapat permintaan di Singapura. Beliau memulakan perniagaan Rendang Nasib hanya sebagai pendapatan sampingan. Baginya, dia tidak perlu meminta simpati dan pertolongan orang selagi ada kudrat untuk bekerja.
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Untukmu | Dirinya sendiri | Filem pertama, penampilan khas. |
1990 | Hati Bukan Kristal | Cik Som | Filem pertama lakonan beliau. |
2012 | Zaiton: Ceritaku | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
2015 | Gangsterock Kasi Sengat | ||
Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton: Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadia Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu. Zaiton sendiri membuat penampilan khas di babak akhir filem ini.
Anugerah Sri Angkasa 1989
Penyanyi Paling Popular Radio
• “ Menaruh Harapan” - Zaiton Sameon
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.