Zainal Abidin bin Ahmad
tokoh persuratan Melayu Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi ahli politik, lihat Zainal Abidin Ahmad (PKR).
Jangan dikelirukan dengan Zainal Abidin bin Haji Alias.
Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau dan Bugis [1] yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Zainal Abidin Ahmad | |
---|---|
زين العابدين أحمدcode: ms is deprecated | |
Kelahiran | Zainal Abidin bin Ahmad (1895-09-16)16 September 1895 |
Meninggal dunia | 23 Oktober 1973(1973-10-23) (umur 78) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Nama lain | Za’aba, Za'ba |
Organisasi | Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu |
Terkenal kerana | Ahli akademik dan penulis |
Gerakan politik | Gerakan Akademik Malaya |
Tutup
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.