From Wikipedia, the free encyclopedia
Zabur (Jawi: زبور) disamakan oleh sesetengah ulama dengan kitab Mazmur, yang menurut agama Islam adalah salah satu kitab suci yang diturunkan sebelum Al Qur'an (selain Taurat dan Injil).
Istilah zabur adalah sewarisan dengan istilah ibrani zimra, bermaksud "lagu, muzik." Ia bersama dengan zamir ("lagu") dan mizmor ("Kitab Mazmur"), merupakan terbitan zamar, bermaksud "nyanyi, nyanyikan pujian, buatkan muzik."[1]
Zabur merupakan koleksi sajak dan lagu kerohanian. Semua itu asalnya disalin untuk dinyanyikan, bukan sekadar dibaca. Menurut tradisi Islam, Zabur merupakan kitab yang digunakan di Istana Suci Sulaiman di Baitulmaqdis (iaitu, kuil Sulaiman). Lazimnya, digelar Zabur Daud. Tidak dikatakan yang Daud menulis semua yang ada di dalam Zabur, kerana sesetengah ulama Islam menyatakan beberapa nabi dan wali turut menyumbang kepada Zabur. Walau bagaimanapun, Zabur ditujukan kepada Daud berbanding yang lain. Beberapa yang terdapat dalam sumbangan kepada Zabur ialah Musa, Uzair, Sulaiman, Ethan, Haman, dan Asaph. Kebanyakan bab menyatakan siapa yang menulis di permulaannya. Zabur mengandungi 150 bab atau lagu yang dipecahkan kepada lima bahagian:
Bahagian pertama -- bab 1 hingga 41
Bahagian kedua -- bab 42 hingga 72
Bahagian ketiga -- bab 73 hingga 89
Bahagian keempat -- bab 90 hingga 106
Bahagian kelima -- bab 107 hingga 150
Satu hadith dari sahih Bukhari, mengatakan: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda,
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.