Yuna (EP)
EP tahun 2008, oleh Yuna / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yuna ialah album EP eponim oleh penyanyi Yuna yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2008 menerusi syarikat rakaman miliknya Yuna Room Records.[1] Ini merupakan percubaan pertama Yuna bersama kugirannya untuk menembusi pasaran bebas yang bertumpu di Kuala Lumpur. Kejayaan dua singlenya yang berjudul "Deeper Conversation" dan "Backpacking Around Europe" menjadikan single Bahasa Melayu pertamanya yang berjudul "Dan Sebenarnya" menarik perhatian penggemar muzik arus perdana.[2][3]
Yuna | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 12 Oktober 2008 (2008-10-12) | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Syarikat | Yuna Room Records | |||
Penerbit | AG Coco, Nic Nac, Yuna Zarai | |||
Kronologi Yuna | ||||
| ||||
Single daripada Yuna EP | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
EP ini menempa kejayaan besar apabila meraih 4 buah trofi di Anugerah Industri Muzik ke-17 apabila memenangi kategori Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik untuk "Dan Sebenarnya", Lagu Inggeris Tempatan Terbaik ("Deeper Conversation") dan Yuna sendiri dianugerahkan trofi Artis Baru Terbaik.[4]