Yahya Sinwar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yahya Ibrahim Hassan Sinwar (Arab: يحيى السنوارcode: ar is deprecated , lahir 1962; juga disebut Yehya Al-Sinwar[1]) ialah ahli politik Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) yang merupakan ketua Biro Politik Hamas sejak Ogos 2024 menggantikan Ismail Haniyeh.[2] Beliau juga merupakan ketua Kerajaan Hamas di Genting Gaza sejak Februari 2017.
Yahya Sinwar | |
---|---|
يحيى السنوار | |
![]() | |
Ketua Biro Politik Hamas | |
Memegang jawatan 6 Ogos 2024 | |
Didahului oleh | Ismail Haniyeh |
Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Memegang jawatan 13 Februari 2017 | |
Timbalan | Khalil Al-Hayah |
Didahului oleh | Ismail Haniyeh |
Butiran peribadi | |
Lahir | Yahya Ibrahim Hassan Sinwar 1962 (umur 61–62) Khan Yunis, Negara Palestin |
Parti politik | ![]() |
Alma mater | Universiti Islam Gaza |
Pada September 2015, Yahya telah dituduh sebagai pengganas oleh pemerintah Amerika Syarikat,[3] sebagaimana Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam juga telah disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Beliau juga dianggap Israel sebagai perancang utama pencetus serangan Hamas ke atas Israel yang menjadi pemula perang Israel-Palestin 2023.[2] Pada Februari 2017, beliau menjadi ketua Hamas bagi Genting Gaza, menggantikan Ismail Haniyeh.[4][5] Pada Mac 2021, beliau sekali lagi kekal mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua[6][7].