Wul kaca ialah bahan penebat haba diperbuat daripada gentian kaca yang disusun oleh suatu bahan pengikat menjadi bersifat seakan wul. Kaedah ini memerangkap ruang-ruang udara kecil yang banyak dalam kaca; gas di udara memilik sifat kekonduksian terma yang lemah berbanding cecair dan pepejal,[1][2] maka pemerangkapan dalan ruang kecil ini memberikan sifat penebatan terma yang tinggi[3] pada produk akhir.

Thumb
Longgokan wul kaca untuk tujuan penebatan

Produk ini dihasilkan dalam gulungan atau kepingan tebal dengan ciri terma dan mekanikal yang berbeza, malah juga dalam bentuk yang boleh disembur atau dilekatkan pada permukaan untuk tujuan penebatan.

Isu kesihatan

Gentian dalam wul kaca boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, kulit dan sistem pernafasan jika tidak dikendalikan dengan baik dan berhati-hati. Disapnea atau masalah pernafasan, sakit tekak, kegarauan suara serta batuk turut menjadi gejala yang berpotensi daripada pendedahan cuai ini.[4]

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.