![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0a/Gulo_gulo_2.jpg/640px-Gulo_gulo_2.jpg&w=640&q=50)
Wolverin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wolverin atau nama saintifik ia Gulo gulo (juga dipanggil setempatL glutton, carcajou, skunk bear, quickhatch atau gulon) adalah spesies darat terbesar dalam keluarga Mustelidea. Ia adalah karnivor yang sangat kuat dan diibaratkan sebagai beruang kecil berbeza berbanding Mustelid lain. Wolverin terkenal dengan kekuatan dan keganasannya yang diketahui mampu membunuh mangsa yang jauh lebih besar darinya.
Wolverin[1] | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Mustelidae |
Genus: | Gulo Pallas, 1780 |
Spesies: | G. gulo |
Nama binomial | |
Gulo gulo (Linnaeus, 1758) | |
Taburan wolverin |
Wolverin ditemui di kawasan hutan tundra dan subartik di hemisfera utara, dengan jumlah paling banyak ditemui di Alaska, Kanada, negara-negara Nordik Eropah, barat Rusia dan Siberia. Populasi haiwan ini mengalami pengurangan yang stabil sejak abad ke-19 akibat terjerat, kawasan yang berkurangan dan perubahan habitat yang tidak sesuai, hinggakan secara relatifnya haiwan ini tidak wujud sama sekali di bahagian selatan Eropah. Bagaimanapun, dianggarkan populasi besar masih wujud di Amerika Utara dan Asia Utara.