William Gibson
From Wikipedia, the free encyclopedia
William Ford Gibson (lahir 17 Mac 1948) ialah seorang penulis Amerika Syarikat. Beliau dikenali melalui penulisan cerita-cerita yang menyentuh kesan-kesan teknologi, sibernetik dan rangkaian komputer terhadap kehidupan manusia lalu mewujudkan gambaran dibayangkan terhadap zaman kemajuan teknologi sebegini sebelum Internet menjadi dibiasakan semasa dekad 1990-an.[3] Malah penulisan beliau mencetuskan mulanya suatu subgenre cereka sains yang tersendiri iaitu cyberpunk.
William Gibson | |
---|---|
Lahir | William Ford Gibson (1948-03-17) 17 Mac 1948 (umur 76)[1] Conway, Carolina Selatan, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Penulis novel |
Warganegara | Amerika Syarikat, Kanada |
Tempoh | 1977–kini |
Genre | Cereka spekulatif, cereka sains |
Pergerakan sastera | Cyberpunk, steampunk, postcyberpunk |
Karya terkenal | Neuromancer (novel, 1984) |
Anugerah | Nebula, Hugo, Philip K. Dick, Ditmar, Seiun (all 1985); Prix Aurora (1995)[2] |
Laman web | |
williamgibsonbooks |
Pencapaian ini turut diiktiraf meluas - The Guardian menyatakan Gibson sebagai "novelis paling penting sejak dua dekad lepas [1970-an]", Sydney Morning Herald pula menggelarnya "pengutus noir" genre cyberpunk.[4] Pengkaryaan beliau yang meliputi 20 buah cerita pendek dan 10 novel banyak mempengaruhi pelbagai bidang baik yang terus seperti sains dan teknologi serta media seperti sastera, filem dan muzik.