![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Wehrkreise_Deutsches_Reich.jpg/640px-Wehrkreise_Deutsches_Reich.jpg&w=640&q=50)
Wilayah tentera (Jerman)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Semasa Perang Dunia II, Jerman mempunyai sistem wilayah tentera atau daerah pertahanan (Bahasa Jerman: Wehrkreis, plural: Wehrkreise) untuk meringankan sebanyak mungkin kerja-kerja pentadbiran panglima medan dan menyediakan aliran kerap rekrut terlatih dan bekalan kepada tentera darat medan. Markas Medan (Feldstaffel) berasingan daripada Markas Tempatan (Heimatkriegsgebiet). Tanggungjawab latihan, kerahan, bekalan, dan kelengkapan ditugaskan kepada Markas Tempatan.[1]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Wehrkreise_Deutsches_Reich.jpg/640px-Wehrkreise_Deutsches_Reich.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5a/Map_of_military_districts_of_Germany_in_1943-1944.jpg/640px-Map_of_military_districts_of_Germany_in_1943-1944.jpg)
Pada masa aman, Wehrkreis adalah kediaman bagi pasukan kor dengan nombor yang sama dan semua unit-unit bawahan formasi itu. Panglima kor juga memerintah Wehrkreis. Pemerintahan Wehrkreis diserahkan kepada timbalan panglima kor pada masa perang.
Sebelum bermulanya perang, terdapat 4 Kor Motoris (sebenarnya, staf mengurus formasi latihan Panzer dan Panzer Ringan). Ia tidak mempunyai daerah pertahanan yang sepadan, tetapi telah ditugaskan (berhubung dengan pengerahan dan bekalan) oleh wilayah-wilayah yang mana markas Kor atau formasi bawahan yang mempunyai Stesen Garison Tempatan. Kor-kor ini adalah:
- XIV. Armeekorps (mot.) ("Kor XIV (Motoris)")
- XV. Armeekorps (mot.) ("Kor XV (Motoris)")
- XVI. Armeekorps (mot.) ("Kor XVI Army (Motoris)")
- XIX. Armeekorps ("Kor XIX")
Setiap Wehrkreis menguasai sebuah Hauptquartier ("Markas") dan Wehrersatzbezirk Hauptquartier ("Markas Wilayah Tentera Darat Simpanan") – markas Bezirk ini sepadan dengan daerah politik awam yang jatuh ke dalam kawasan Wehrkreis itu –, yang kemudiannya menguasai Bereich Hauptsitze ("Markas Kawasan"), yang mengawal Unterregion Hauptsitze ("Markas sub-wilayah").
Pada permulaan perang, terdapat 15 Daerah Pertahanan di Jerman. Semasa peperangan, 4 telah ditambah, dan beberapa Wilayah telah ditambah dari negara lain yang ditakluk oleh Jerman.