From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilayah tanggungan mahkota (Bahasa Inggeris: Crown dependencies) ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan pemerintahan sendiri Mahkota. Wilayah tersebut tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negeri.[1][2] Secara antarabangsanya, wilayah tanggungan itu dianggap "wilayah di mana United Kingdom bertanggungjawab", berbanding sebagai negara berdaulat.[3] Hasilnya, mereka bukanlah negara anggota bagi pertubuhan Negara-negara Komanwel.[4] Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hubungan dengan Komanwel, Kesatuan Eropah (walaupun bukan sebahagian daripadanya tetapi berada di dalam kawasan kastam EU) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain, serta sebahagian daripada anggota di dalam Majlis British–Ireland. Wilayah tanggungan tersebut juga memiliki pasukan sukan sendiri di dalam Sukan Komanwel.
Disebabkan wilayah tanggungan mahkota bukanlah negara-negara berdaulat, bidang kuasa perundangan yang memberi kesan kepada pulau-pulau itu berada di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun wilayah tersebut mempunyai dewan undangan yang tersendiri, dengan kuasa untuk menggubal undang-undang bagi hal ehwal tempatan dengan perkenan Mahkota (Majlis Privi, atau dalam kes Pulau Man bagi sesetengah keadaan Leftenan Gabenor).[5] Dalam setiap kes, ketua kerajaan disebut sebagai Ketua Menteri.
"Mahkota" ditakrifkan secara berbeza bagi setiap wilayah tanggungan mahkota. Di Jersey, penyataan kedudukan perlembagaan abad ke-21 oleh Pegawai Undang-undang Mahkota mentakrifkannya sebagai "Mahkota dengan hak Jersey",[6] dengan kesemua tanah Mahkota di Bailiwick Jersey merupakan milik kepada Mahkota dengan hak Jersey dan bukannya Estet Mahkota United Kingdom.[7] Perundangan Pulau Man mentakrifkan "Mahkota dengan hak Pulau Man" sebagai berasingan daripada "Mahkota dengan hak United Kingdom".[8] Di Guernsey, perundangan merujuk "Mahkota dengan hak Bailiwick",[9] dan Pegawai Undang-undang Mahkota Guernsey mengemukakan bahawa "Mahkota dalam konteks ini biasanya bermaksud Mahkota dengan hak republik Bailiwick Guernsey"[10] dan ini merangkumi "institusi-institusi kerajaan dan sivik kolektif, ditubuhkan oleh dan di bawah bidang kuasa Monarki, untuk tadbir urus Pulau-pulau ini, termasuklah Negeri Guernsey dan badan perundangan di Pulau-pulau lain, Mahkamah Diraja dan mahkamah lain, Leftenan Gabenor, pihak berkuasa kariah dan Mahkota bertindak dan melalui Majlis Privi."[11] Konsep perlembagaan ini juga dikatakan sebagai "Mahkota dengan hak Bailiwick Guernsey".
Nama | Bendera | Jata | Lokasi | Moto | Luas | Jumlah penduduk | Ibu wilayah |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bailiwick Guernsey | Guernsey | Selat Inggeris | 78 km2 (30 bt2) | 65,849 | Saint Peter Port (ibu wilayah bagi keseluruhan Bailiwick) | ||
Alderney | Saint Anne | ||||||
Sark | The Seigneurie (de facto; Sark tidak mempunyai ibu kota) | ||||||
Bailiwick Jersey | Selat Inggeris | 118.2 km2 (46 bt2) | 100,080 | Saint Helier | |||
Pulau Man | Laut Irish | Quocunque Jeceris Stabit (Latin: "Di mana sahaja dilemparnya, ia akan berdiri") |
572 km2 (221 bt2) | 84,997 | Douglas |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.