![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/Whey.jpg/640px-Whey.jpg&w=640&q=50)
Whey
From Wikipedia, the free encyclopedia
Whey, air dadih atau kaki dadih[1] adalah cecair yang tinggal selepas pepejal dari air susu telah menggumpal teguh[2] dan termendap. Ia adalah hasil sampingan dalam pembuatan keju atau kasein dan mempunyai beberapa kegunaan komersial. Whey manis dihasilkan semasa membuat keju keras jenis renet seperti keju cheddar atau keju Swiss. Whey asid (juga dikenali sebagai "whey masam") adalah produk sampingan yang dihasilkan semasa membuat produk tenusu jenis asid seperti keju kotej atau yogurt tegang.
Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...
![]() | |
Whey dipungut apabila keju baru diperah | |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 112 kJ (27 kcal) |
Karbohidrat | 5.14 |
- Gula | 5.14 |
Lemak | 0.36 |
Protein | 0.85 |
Air | 93.12 |
Kalsium | 47 mg (5%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Tutup