From Wikipedia, the free encyclopedia
Wesley Wales Anderson (lahir 1 Mei 1969) ialah seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, dan pelakon dari Amerika Syarikat. Filem-filem beliau dikenali kerana gaya visual dan penceritaannya yang tersendiri.[1]
Wes Anderson | |
---|---|
Kelahiran | Wesley Wales Anderson 1 Mei 1969 Houston, Texas, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | University of Texas at Austin |
Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, pelakon |
Tahun aktif | 1994–kini |
Rakan kongsi domestik | Juman Malouf (2013–kini) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Eric Chase Anderson (adik), Mel Anderson (adik) |
Anderson pernah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk kategori Lakon Layar Terbaik untuk Royal Tenenbaums pada tahun 2001, Moonrise Kingdom pada tahun 2012 dan The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014, serta Filem Animasi Terbaik untuk Fantastic Mr. Fox pada tahun 2009. Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik pertamanya serta Anugerah Golden Globe kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi untuk The Grand Budapest Hotel pada tahun 2014. Beliau juga menerima Anugerah BAFTA untuk Layar Asal Terbaik pada tahun 2015. Filem-filemnya diterbitkan di bawah syarikatnya sendiri yang bernama American Empirical Pictures.[2]
Anderson dianggap oleh orang ramai sebagai seorang pengkarya auteur zaman moden. Beliau sering menerima pujian serta kritikan yang tekal atas karya-karyanya. Tiga filem arahannya – The Royal Tenenbaums, Moonrise Kingdom, dan The Grand Hotel Budapest – muncul dalam pungutan suara "filem-filem terhebat BBC 2016 sejak tahun 2000".[3]
Anderson mempunyai gaya pengarahannya yang tersendiri sehingga sestengah pengkriitk filem menganggapnya sebagai seorang auteur.[4][5][6][7] Beberapa ciri pengarahannya yang paling terkenal dibincangkan di bawah.
Anderson memilih untuk mengarahkan filem komedi yang bergerak dengan pantas yang turut ditandai dengan unsur-unsur yang lebih serius atau sedih, yakni dengan tema-tema yang sering berpusat kepada kesedihan, kehilangan mruni hati, masalah keluarga berantakan, ditinggalkan ibu bapa, kecurangan, persaingan antara adik-beradik mahupun persahabatan yang tidak dijangka. Filemnya didorong kuat oleh watak-wataknya, dan oleh itu sering kalinya dipuji mahupun diejek kerana mengikut konsep seperti "gaya kaki sastera" (literal geek chic). Plot karya beliau sering melibatkan pencurian dan kehilangan yang tidak dijangka dengan kecenderungan beliau meminjam bebasnya dari genre filem caper.[8]
Karya-karya Wes diperhatikan banyak menggunakan gerakan kamera yang mendatar, komposisi bersimetri yang melampau, zum segera, syot berjalan lambat, pilihan warna yang terhad serta gaya pengarahan seni yang menggunakan miniatur.[9] Gaya-gaya pilihannya memberikan filemnya suatu kualiti yang tersendiri yang telah menimbulkan banyak perbincangan, pengkajian kritis bahkan juga jenaka dan parodi. Banyak penulis, pengkritik bahkan Anderson sendiri telah berkata bahawa teknik-teknik sebegini memberikan karyanya rasa menjadi "dunia yang terkandung dengan sendirinya", atau "rumah yang berskala model".[tiada dalam ayat yang diberikan]
Tahun | Tajuk | Sebagai pengarah | Sebagai penerbit | Sebagai penulis | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1996 | Bottle Rocket | Ya | Ya | Ditulis bersama Owen Wilson | |
1998 | Rushmore | Ya | Ya | Ya | |
2001 | The Royal Tenenbaums | Ya | Ya | Ya | |
2004 | The Life Aquatic with Steve Zissou | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Noah Baumbach |
2005 | The Squid and the Whale | Ya | |||
2007 | The Darjeeling Limited | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Roman Coppola dan Jason Schwartzman |
2009 | Fantastic Mr. Fox | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson dan Noah Baumbach; berdasarkan novel bertajuk sama oleh Roald Dahl |
2012 | Moonrise Kingdom | Ya | Ya | Ya | Ditulis bersama Roman Coppola |
2014 | The Grand Budapest Hotel | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson; jalan cerita oleh Anderson dan Hugo Guinness |
She's Funny That Way | Ya | ||||
2017 | Escapes | Eksekutif | |||
2018 | Isle of Dogs | Ya | Ya | Ya | Lakon layar oleh Anderson; jalan cerita oleh Anderson, Roman Coppola, Jason Schwartzman dan Kunichi Nomura |
TBA | The French Dispatch | Ya | Ya | Ya |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.