From Wikipedia, the free encyclopedia
Wendy's ialah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang diasaskan oleh Dave Thomas di Dublin, Ohio pada tahun 1969, dan kini dimiliki oleh Wendy's International, Inc., sebuah perbadanan Amerika Syarikat. Rangkaian ini mempunyai lebih daripada 6,600 buah restoran di seluruh dunia.
Dinamakan sempena | Wendy Thomas |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Subsidiari penuh |
Industri | Restoran |
Ditubuhkan | November 15, 1969 di Columbus, Ohio, USA |
Pengasas | Dave Thomas |
Ibu pejabat | Dublin, Ohio, USA |
Tokoh penting | Dave Thomas (pengasas), Melinda Lou Thomas, juga dikenali sebagai "Wendy", John T. Schuessler (pengasas bersama). |
Keluaran | Fast food · hamburgers · chicken · salads · french fries · milkshakes · soft serve ice cream |
Hasil | ▲ $2.469 billion USD (2006) |
Pendapatan bersih | ▲ $37.0 million USD (continuing operations) (2006) |
Bilangan kakitangan | 57,000 (2007) |
Syarikat induk | Wendy's/Arby's Group |
Tapak web | www.Wendys.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Wendy's yang termasyhur dengan chili con carne, juga dikenali dengan Frosty, iaitu sejenis desert tenusu, dan burger yang berbentuk empat segi, dengan daging lembu kisar yang bukannya daging sejuk beku tetapi daging segar, serta kesemua sandwic yang dimasak hanya selepas pesanan pelanggan. Berbeza dengan kebanyakan rangkaian makan segera yang lain, Wendy's tidak menghidangkan makanan sarapan pagi sejak permulaannya, kecuali di Puerto Rico. Wendy's mencuba menghidangkan makanan sarapan pagi pada pertengahan 1980-an, tetapi percubaan itu gagal dengan pantas.
Wendy's diasaskan oleh Dave Thomas pada tahun 1969 dan dinamai sempena Melinda, anak perempuannya yang berumur lapan tahun sewaktu itu, dan yang mempunyai nama samaran "Wendy." Ibu pejabat korporat Wendy's terletak di Dublin, Ohio. Restoran Wendy's yang sulung dibuka di Columbus, Ohio pada 15 November 1969, dan rangkaian itu bertumbuh dengan begitu cepat sehingga mencapai melebihi 3,000 buah saluran keluar pada tahun 1985. Bagaimanapun, menjelang pertengahan 1980-an, sebilangan daripada restoran Wendy's tidak berjaya dan terpaksa ditutup. Pada tahun 1989, Dave Thomas kembali daripada persaraannya untuk membuat iklan Wendy's serta membantu membina semula rangkaian itu sehingga kematian beliau pada tahun 2002.
Selepas pengembangan antarabangsa pada dekad 1980-an, rangkaian Wendy's melaksanakan pengurangan tenaga kerja pada akhir dekad 1990-an. Pada 1999, Wendy's menarik diri dari London dan Hong Kong (cawangan Wendy's di Hong Kong terletak di Lockhart Road, Wan Chai).
Pada tahun 1995, kepopularan Tim Hortons, sebuah rangkaian kopi dan donat yang terbesar di Kanada, telah mempengaruhi pelabur-pelabur Amerika Syarikat; syarikat induk rangkaian Wendy's, iaitu Kumpulan TDL ("TDL" ialah parap untuk "Tim Donut Ltd.", nama korporat Wendy's yang asal), diperoleh oleh Wendy's International, Inc.. Oleh sebab itu, Ron Joyce, pekongsi Tim Horton serta pembeli francais Wendy's yang sulung, menjadi pemegang saham Wendy's yang terbesar.
Pada 22 Mac 2005, Anna Ayala, seorang wanita Amerika Syarikat yang berumur kira-kira 40 tahun sewaktu itu, mengemukakan tuduhan tort terhadap Wendy's di mahkamah San Jose, California kerana menemui seketul jari manusia dalam chili con carne. Dia ditangkap atas tuduhan larseni pada 21 April kerana selepas penyiasatan pihak polis, jari itu dikenal pasti sebagai jari suami Ayala yang patah disebabkan kemalangan perindustrian pada Disember 2004. Ayala mengaku salah pada September 2005, dan dihukum sembilan tahun dalam penjara; suaminya juga mengaku salah sebagai rakan sejenayah, dan dihukum dua belas tahun pada 18 Januari, 2006. Tuduhan tipu helah itu mengakibatkan kerugian melebihi AS$2.5 juta untuk perbadanan Wendy's.
Pada 6 Februari 2006, Wendy's International mengumumkan rancangan utamanya untuk mempertingkatkan jualannya di Amerika Syarikat. Rancangan itu merangkumi peningkatan kecekapan serta pengurangan kos melalui pelbagai langkah dalaman. Mungkinnya, perubahan terbesar yang dapat dilihat oleh pelanggannya ialah pengenalan sarapan pagi, bermula dengan restoran-restoran terpilih di Raleigh, Carolina Utara, diikuti oleh restoran yang lain pada tahun 2007. Tambahan pula, rangkaian itu merancangkan untuk memperkenalkan Frosty Vanilla, serta satu barisan keluaran sandwic deli yang digelarkan Frescata, bersama-sama dengan banyak lagi tambahan menu yang lain.
Selain daripada Amerika Syarikat, Wendy's juga membuka restoran-restoran di Malaysia, Aruba, Kanada, Kepulauan Cayman, El Salvador, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, Indonesia, Jamaika, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Panama, Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Venezuela.
Rangkaian hamburger Wendy's tidak lama berpanjangan di Australia. Sembilan buah restorannya di Victoria diambil alih oleh Hungry Jack's pada tahun 1986. Kini, restoran-restoran Australia yang mempunyai nama Wendy's ialah restoran sebuah francais ais krim yang langsung tiada kaitan dengan rangkaian hamburger Amerika Syarikat itu.
Restoran-restoran Wendy's di Greece ditutup pada awal 2000-an, selepas lebih kurang lima tahun beroperasi, disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat daripada restoran-restoran seperti Goody's dan McDonald's. Restoran-restoran Wendy's di United Kingdom dijual kepada McDonald's pada tahun 2007. Kesemua 18 buah restoran Wendy's di Argentina ditutup pada November 2000 disebabkan prestasi yang buruk, selepas dalam pasaran tempatan selama empat tahun.[1]
Mulai daripada 9 Januari 1984, pelakon tua Clara Peller menjadi jurucakap di Amerika Utara untuk kempen pengiklanan Wendy's, "Di Manakah Daging Lembunya?", yang amat berjaya. Ayatnya itu yang paling masyhur telah menjadi sebahagian kebudayaan pop Amerika Syarikat. Walter Mondale menggunakan ayat itu dengan amat berkesan untuk menewaskan Gary Hart dalam pemilihan utama Parti Demokrat Amerika Syarikat yang juga dapat mempromosikan hamburger Wendy's. Peller yang berumur 84 tahun digugur daripada kempen itu pada tahun 1985 disebabkan oleh iklannya untuk sos spageti Prego yang menonjolkannya mengatakan bahawa "akhirnya saya dapat mencari" daging lembu.
Selepas kematian Dave Thomas pada tahun 2002, Wendy's bekerja keras untuk mencari kempen pengiklanan yang baru oleh sebab hampir kesemua iklan Wendy's yang telah dikeluarkan dari 1989 sehingga 2002 menonjolkan Dave Thomas. Selepas sebuah siri iklan konvensional yang memerihalkan makanan yang dihidangkan, Wendy's pada tahun 2004 cuba menggunakan "Mr. Wendy", watak ciptaan yang mendakwa diri sebagai jurucakap untuk rangkaian makanan segera itu. Selepas tujuh bulan, Wendy's kembali ke kempen animasinya yang menumpukan perbezaan antara hamburger Wendy's yang berbentuk empat segi dengan hamburger pesaing-pesaingnya yang bulat.
Cabang pemasaran Wendy's melibatkan diri dalam penempatan produk dalam filem-filem dan televisyen, dan kekadang menonjolkannya dalam siri pertunjukan realiti televisyen ABC, Extreme Makeover: Home Edition yang amat popular. Pertunjukan ini menonjolkan hamburger Wendy's dihidangkan kepada melebihi 100 orang pekerja pembinaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.