Wayland (protokol pelayan paparan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wayland ialah protokol yang menentukan komunikasi antara pelayan paparan dan para pelanggannya.[3] Pereka asalnya ialah Kristian Høgsberg, dan ia direka untuk menggantikan X Window System. Berbeza dengan X Window System yang melakukan semua kerja-kerja melukis untuk pelanggannya, di dalam protokol Wayland, pelayan paparan hanya menyediakan penimbal yang terletak dalam ingatan grafik sebagai kanvas untuk pelanggan. Pengurus paparan di dalam Wayland bertanggujawab keatas penggubahan, maka ia akan menyertakan sekali sejumlah besar kefungsian pengurus tetingkap perencaman masa kini. Ia akan merencam penimbal-penimbal untuk membentuk paparan atas skrin sesebuah tetingkap aplikasi. Protokol Wayland pada asasnya hanya berkenaan pengendalian input dan pengurusan penimbal. Pengendalian perkakasan input bergantung kepada evdev dalam Linux, dan komponen serupa dalam sistem pengendalian lain.
Wayland | |
---|---|
Pembuat asal | Kristian Høgsberg |
Pembangun | Kristian Høgsberg, freedesktop.org |
Pelancaran pertama | 0.85 / 9 Februari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-02-09) |
Versi terkini/stabil | Wayland: 1.13.0, Weston: 2.0.0[1] (21 Februari 2017; 7 tahun yang lalu (2017-02-21)) |
Versi pratonton | Wayland: 1.12.93, Weston: 1.99.94[2] |
Ditulis dalam | C |
Sistem pengendalian | Linux |
Jenis | Windowing system, protokol komunikasi |
Genre | Pelayan paparan |
Lesen | MIT |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | wayland |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pelaksanaan terawalnya iaitu libwayland-server
, libwayland-client
, libwayland-EGL
dan pelaksanaan rujukan Weston ditulis dalam C. Weston ditulis untuk inti Linux, dan sedang diusahakan untuk dilabuhkan di FreeBSD.[4]