Lukisan Edgar Degas From Wikipedia, the free encyclopedia
Waiting (harfiah, "Menunggu") ialah sebuah lukisan pastel pada kertas karya pelukis Impresionisme Perancis, Edgar Degas yang bertarikh antara tahun 1880–82. Lukisan ini merupakan contoh awal lebih daripada 200 lukisan pastel, cat, media campuran dan arca berkaitan dengan penari balet yang digambarkan oleh Degas bermula dari awal tahun 1800-an.[1] Karya ini disanjung oleh sebab warna yang menyarau dan perspektif tinggi dan menjunam.
Siri penari balet menyusuli lukisan kajian terhadap wanita daripada kelas rendah dan pertengahan. Dalam siri ini Degas melihat saat wanita-wanita tersebut tidak berwaspada tentang penampilan mereka dan menunjukkan kesedaran tentang realiti kedua-dua diri dan persekitaran mereka. Dengan penari balet, Degas berminat untuk melihat perbezaan antara kecantikan dan gaya lemah lembut semasa di atas pentas dengan kesan usaha keras fizikal dan fisilogikal yang dilalui mereka. Dalam kalangan lebih daripada 200 buah karya, hanya 50 buah menggambarkan penari semasa mereka sedang beraksi, yang lain menggambarkan waktu raptai ataupun menangkap saat-saat peribadi seperti yang digamabrkan dalam lukisan ini.[2] Waiting merupakan contoh tegas, dengan menggambarkan seorang penari ditemani caperonnya, berbongkok kononya untuk mengurut kaki, akan tetapi bahasa gerak-gerinya menunjukkan seorang yang kekuathiran sebelum naik ke pentas.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.