Wafer (elektronik)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam elektronik, wafer (juga dipanggil potongan atau substrat[1]) ialah satu potongan nipis bahan semikonduktor, seperti kristal silikon, yang digunakan dalam pemasangsiapan litar bersepadu dan peranti-peranti mikro lain. Wafer berfungsi sebagai substrat bagi peranti-peranti elektronik mikro yang dibina di dalam dan di atas wafer itu dan melalui pelbagai langkah-langkah proses pemasangsiapan mikro seperti pengedopan atau penanaman ion, punaran, pemendapan pelbagai bahan, dan pencorakan fotolitografi. Akhir sekali, setiap litar mikro diasingkan (pendaduan) dan dibungkus.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/ICC_2008_Poland_Silicon_Wafer_1_edit.png/640px-ICC_2008_Poland_Silicon_Wafer_1_edit.png)
Sesetengah jenis sel suria juga dibuat daripada wafer-wafer seperti ini. Di atas satu wafer suria, satu sel suria (biasanya berbentuk segi empat tepat) dibuat daripada keseluruhan wafer.