![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e1/Flag_of_Independent_Bosnia_%25281878%2529.svg/langms-640px-Flag_of_Independent_Bosnia_%25281878%2529.svg.png&w=640&q=50)
Vilayet Bosnia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vilayet Bosnia merupakan divisyen (vilayet) pentadbiran tahap pertama di Empayar Uthmaniyyah, yang terdiri daripada wilayah yang kini terletak di negara Bosnia dan Herzegovina. Ia bersempadan dengan Vilayet Kosovo di selatan. Sebelum pembaharuan pentadbiran pada tahun 1867, ia dikenali sebagai Eyalet Bosnia. Pada akhir kurun ke-19, ia dilaporkan merangkumi kawasan seluas 17,900 batu persegi (46,000 km2).[2]
![]() |
Vilayet Bosnia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Vilayet di Empayar Uthmaniyyah | |||||||||
1867–1908 | |||||||||
![]() Bendera | |||||||||
![]() Vilayet Bosnia pada tahun 1880-an | |||||||||
Ibu kota | Sarajevo | ||||||||
Keluasan | |||||||||
• 1871 | 46,000 km2 (18,000 bt2) | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1871 | 1232000 | ||||||||
History | |||||||||
Sejarah | |||||||||
• Ditubuhkan | 1867 | ||||||||
• Diduduki oleh Austria-Hungary | 1878 | ||||||||
• Diilhak oleh Austria-Hungary | 1908 | ||||||||
| |||||||||
Hari ini sebahagian daripada | ![]() ![]() | ||||||||
Sumber untuk populasi;[1] luas[2] |
Ia dibubarkan sebagai wilayah Uthmaniyah selepas diduduki oleh Austria-Hungary pada tahun 1878. Walau bagaimanapun, ia kekal wujud untuk 30 tahun seterusnya sehingga tahun 1908, meskipun ditadbir oleh Austria-Hungary. Ini tidak termasuk Herzegovina Tua, yang mana diserahkan kepada Prinsipaliti Montenegro pada tahun 1878. Pada tahun 1908, Austria-Hungary secara rasminya mengilhak Bosnia ke dalam wilayah jajahannya.