falsafah yang menolak penggunaan haiwan From Wikipedia, the free encyclopedia
Veganisme (disebut [vé.ga.nis.mĕ atau vi.ga.nis.mĕ]) merujuk kepada tindakan mengelak daripada menggunakan produk haiwan, terutamanya dalam pemakanan, serta suatu falsafah yang menolak kepengunaan haiwan sebagai barangan semata-mata.[lower-alpha 1] Seseorang yang mengikuti fahaman atau falsafah sebegini diberi julukan sebagai seorang vegan.
Vegetarianisme dan veganisme dua-duanya menegah memakan daging (baik yang jenis "merah" seperti kambing dan lembu mahupun yang "putih" dan kecil seperti ayam dan ikan) sambil mengutamakan sayur-sayuran dalam pengambilan seharian; namun, ada pengamal vegetarianisme yang masih memakan bahan yang tidak dianggap terangkum dalam jenis daging yang utama diketahui seperti telur dan tenusu[4][5] (dikenali dengan nama ovolactovegetarianism).
Pengamal veganisme lebih mendalam dalam penegahan diri sebegini sampai mengelakkan barangan sampingan atau tambahan terhasil secara semulajadi dari haiwan sama sekali seperti tenusu (termasuk tairu dan keju), madu dihasilkan lebah atau gelatin. Malah, para pemakan jenis ini juga akan menjauhi barangan yang diperbuat daripada sumber haiwan misalnya bulu (termasuk wul dan kulit haiwan) dan sutera.[4][5] Oleh itu, makanan yang diambil sangat diperolehi langsung daripada pelbagai sumber tumbuhan seperti biji an dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kulat cendawan serta kekacang.[6]
Ada sesetengah pengamal gaya pemakanan sebegini bertindak menolak pemerolehan sumber haiwan sama ada secara penternakan atau penuaian tidak dilakukan secara mampan. Kajian yang dilakukan badan sains utama dengan sokongan Pertubuhan Makanan dan Pertanian turut mendapati penternakan haiwan banyak menjejaskan sumber air, tanah dan galian sehingga mengancam kepelbagaian bio serta memburukkan perubahan iklim.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.