From Wikipedia, the free encyclopedia
Valentina Vladimirovna Tereshkova (Bahasa Rusia: Валенти́на Влади́мировна Терешко́ва,IPA: [vɐlʲɪnʲˈtʲinə vlɐˈdʲimʲɪrəvnə tʲɪrʲɪʂˈkovə] ( dengar), [va-lén-ti-na té-résy-ko-va]; lahir 6 Mac 1937) ialah seorang angkasawan, jurutera, dan ahli politik warga Rusia. Beliau merupakan penerbang angkasa lepas wanita pertama setelah dipilih daripada lebih dari 400 pemohon dan lima finalis untuk mengendalikan kapsul Vostok 6 pada 16 Jun 1963. Beliau juga menjadi angkasawan pertama dari kalangan orang awam, di mana beliau menjadi ahli kehormat Tentera Udara Soviet agar dapat memasuki Kor Angkasawan.[1]
Valentina Tereshkova | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Kesatuan Soviet (kini Persekutuan Rusia) |
Nama lain | Valentina Nikolayeva Tereshkova |
Pekerjaan | Juruterbang |
Anugerah | Wira Kesatuan Soviet Darjah "For Merit to the Fatherland" Darjah Lenin (2) Order of the October Revolution Darjah Alexander Nevsky Order of Honour Darjah Persahabatan |
Kerjaya angkasa | |
Kosmonaut Soviet | |
Pangkat | MajGen, Tentera Udara Soviet |
Tempoh di angkasa | 2 hari, 23 jam & 12 min |
Pemilihan | Kumpulan wanita |
Misi | Vostok 6 |
Tandatangan | |
Beliau merupakan seorang pekerja kilang tekstil dan penerjun udara amatur sebelum menjadi angkasawati. Selepas pembubaran kumpulan angkasawati pertama yang dianggotainya pada tahun 1969, Beliau menjadi anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet yang terkenal dengan memegang pelbagai jawatan politik. Beliau masih aktif berpolitik selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan masih dianggap sebagai seorang wira di negara Rusia dan seluruh dunia. Setelah mengorbit Bumi 48 kali, Tereshkova masih satu-satunya wanita yang pernah berada di solo ruang misi.[2][3]
Valentina lahir di perkampungan Maslennikovo di Daerah Tutayevsky, Oblast Yaroslavl, Rusia tengah. Ibu bapanya merupakan keturunan Belarus[4] - ayahnya Vladimir Tereshkov merupakan seorang pemandu traktor dan askar yang terlibat dalam Perang Musim Sejuk menentang Finland ketika Valentina berusia 2 tahun, ibunya pula seorang pekerja kilang tekstil. Valentina memulakan persekolahanya pada usia 8 tahun dan berhenti sekolah pada usia 16 tahun, namun masih meneruskan pendidakannya melalui program berjarak jauh.[5]
Beliau mula menaruh minat terhadap kegiatan terjun bebas lalu segera menyertai kegiatan tersebut di sebuah kelab berkenaan pada usia 22 tahun tanggal 21 Mei 1959. Pada tahun 1961, beliau menjadi setiausaha cawangan Komsomol tempatnya dan meyertai Parti Komunis Kesatuan Soviet tidak lama kemudian.[6]
Kemahirannya dalam sukan terjunan membolehkan beliau memasuki program perintis angkasawati yang dibangunkan pihak Soviet pada tahun 1961.[7] Beliau serta beberapa calon lain dipilih daripada sebanyak 400 pemohon berdasarkan ciri fizikal tertentu - calon angkasawati mesti berada di bawah usia 30 tahun, berketinggian kurang 170 sm dan berat fizikaldi bawah 70 kg.[8]
Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai wakil Duma Negara dalam parti Rusia Bersatu.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.