Utara benar
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Utara benar (utara geodetik) ialah arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara geografi.
Utara benar geodetik berbeza daripada utara magnet (arah mata kompas ke arah kutub utara magnet), dan daripada utara grid (arah ke utara di sepanjang garisan grid unjuran peta). Utara benar geodetik juga berbeza sedikit daripada utara benar astronomi (biasanya oleh beberapa arkasaat) kerana graviti tempatan tidak boleh menunjuk ke arah paksi putaran tepat bumi.
Arah utara benar astronomi ditandakan di langit oleh kutub jumantara utara. Ini terletak kira-kira 1 darjah dari kedudukan Polaris, maka bintang itu kelihatan membuat sebuah bulatan kecil di langit setiap hari. Disebabkan liukan paksi Bumi, utara benar berputar dalam bentuk lengkok dengan bintang-bintang yang mengambil masa lebih kurang 25,000 tahun untuk dilengkapkan. Sekitar tahun 2100 hingga 2102, Polaris akan menjadi paling hampir dengan kutub jumantara utara (diekstrapolasi dari liukan Bumi baru-baru ini).[1][2][3] Lima ribu tahun yang lalu, bintang yang boleh dilihat yang paling dekat dengan kutub jumantara utara ialah Thuban.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.