![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a8/Closing_ceremony_cropped_Yoshihide_Suga_20210808_4.jpg/640px-Closing_ceremony_cropped_Yoshihide_Suga_20210808_4.jpg&w=640&q=50)
Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2020
From Wikipedia, the free encyclopedia
Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 diadakan pada 8 Ogos 2021 di Stadium Olimpik, Tokyo.[1] Upacara ini menggabungkan upacara penutupan formal (termasuk sambutan,[2] perarakan atlet,[3] dan penyerahan bendera Olimpiade[4]) dan pertunjukan artistik yang menampilkan budaya serta sejarah Jepun dan Perancis (selaku penganjur Sukan Olimpik Musim Panas akan datang).[5] Keseluruhan rangkaian upacara Olimpik ini bertemakan Moving Forward, merujuk pada pandemik COVID-19, dengan upacara penutupan yang bertemakan Worlds we share.[6]
![]() Perarakan atlet semasa Upacara Penutupan. Motto Olimpik, "Faster, Higher, Stronger – Together", ditampilkan di layar sisi stadium. | |
Tarikh | 8 Ogos 2021; 2 tahun yang lalu (2021-08-08) |
---|---|
Masa | 20:00 – 22:19 JST (UTC+9) |
Lokasi | Tokyo, Jepun |
Dirakam oleh | Japan Consortium dan OBS |
Sebahagian besar segmen upacara penutupan telah dirakamkan sebelum acara.[7] Pihak-pihak yang terlibat secara langsung di stadium menerapkan penjarakkan sosial.[8] Penutupan ini menampilkan tarian-tarian dan pertunjukan lainnya yang menonjolkan budaya Jepun.[3][9]