Universiti Utara Malaysia
universiti awam di Kedah, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984 (P.U. (A) 47/1984). UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.[2]
Moto | Ilmu ・ Budi ・ Bakti[1] |
---|---|
Jenis | Universiti awam |
Ditubuhkan pada | 16 Februari 1984[2] |
Canselor | KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Naib Canselor | Profesor Dato' Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani[3] |
Pelajar | 30,670 |
Siswazah | 22,932 |
Ijazah/Sarjana | 4,597 |
Pelajar lain | 3,141 |
Alamat | Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah , , , 06010 , |
Kampus | Kampus utama: Sintok kampus kedua: Kuala Lumpur |
Warna | |
Penggabungan | ASAIHL, ACU,[4] FUIW[5] |
Laman sesawang | www |
UUM mengandungi dua kampus; kampus utama yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004[2], dan kampus kedua (kampus bukan kediaman) yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
UUM menduduki tempat ke-131 di dalam QS Asia Universiti Rankings 2018[6], menduduki antara tempat ke-101 ke tempat ke-150 di dalam QS Top 50 Under 50 2019[7], dan juga menduduki antara tempat ke-601 ke tempat ke-650 di dalam QS World University Rankings® 2019.[8]
Moto UUM adalah "Ilmu ・ Budi ・ Bakti".[1]