From Wikipedia, the free encyclopedia
Suranaree University of Technology (Bahasa Thai: มหาวิทยาลัยเทคโนโลยีสุรนารี, SUT) merupakan sebuah universiti awam di bandar Nakhon Ratchasima, Thailand. Universiti ini ditubuhkan pada 27 Julai 1990, dan beroperasi sepenuhnya bermula tahun 1993.
มหาวิทยาลัยเทคโนโลยีสุรนารี | |
Moto | Upright, Civilized, Clean and Economical |
---|---|
Jenis | Universiti Penyelidikan Awam |
Ditubuhkan pada | 27 Julai 1990 |
Rektor | Dr Weerapong Pairsuwan |
Staf pentadbiran | 1,097 (2013)[1] |
Pelajar | 13,734 (2015)[2] |
Siswazah | 12,086 |
Ijazah/Sarjana | 1,033 |
Kedoktoran | 615 |
Lokasi | , 14.872917°N 102.0237°E |
Pokok | Radermachera ignea (Kurz) Steenis (Peep Thong) |
Warna | Jingga dan Emas |
Laman sesawang | http://www.sut.ac.th/ |
SUT mendapat namanya daripada Thao Suranaree, seorang wira wanita dari Nakhon Ratchasima. SUT juga merupakan salah satu dari sembilan Universiti Penyelidikan Kebangasaan Thailand sejak 2009.
Universiti ini menggunakan sistem trimester. Setiap trimester adalah 13 minggu.
Pada zaman Rancangan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangasaan Kelima, Kerajaan Thai berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan tinggi untuk penduduk di wilayah ini dan juga penduduk luar bandar. Oleh demikian, Kementerian Urusan Universiti (yang sekarang merupakan Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan) telah mengusulkan penubuhan lima universiti: sebuah universiti di kawasan Utara, Selatan, dan Timur serta dua buah universiti di kawasan timur Laut. Kementerian juga telah mencadangkan agar dua buah universiti untuk kawasan timur laut tersebut ditubuhkan di wilayah Uboh Ratchatani dan Nakhon Ratchasima.
Universiti di Nakhon Ratchasima dinamakan sebagai Universiti Suranaree yang dibina di tanah seluas 1,120 hektar di kawasan tasik air simpanan Huay Ban Yang. Pada 27 Julai 1990, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Bhumibol Adulyadej telah menandatangani Akta Penubuhan Universiti Teknologi Suranaree. Pihak penggurusan Universiti Teknologi Suranaree menetapkan 27 Julai 1990 sebagai Hari Penubuhan Universiti.
Kedudukan | ||
---|---|---|
Kedudukan Kebangsaan | ||
Webometrics | 10 (2012)[3] | 6 (2016)[4] |
Times | 2 (2015)[5] | |
Nature Publishing Index | 2 (2015)[6] | |
Nature Index | 3 (2015)[7] | |
URAP | 10 (2014-2015)[8] | |
Global | ||
Webometrics | 845 (2012)[3] | 822 (2016) [4] |
Times (World University Ranking) |
601-800 (2015)[5] | 601-800
(2016) 161-170 (Asia, 2016)[9] |
Top Universities | 251-300 (2016)[10] | |
Times BRICS & Emerging Economics |
159 (2016)[11] | |
Greenmetric | 52 (2015)[12] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.