Undan (buruj)
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Undan, Angsa, Palang Utara, Salib Utara, atau Cygnus (Cyg) ialah sebuah buruj utara yang terletak pada satah Bimasakti, mendapat namanya daripada perkataan bahasa Yunani yang dilatinkan untuk swan. Buruj ini merupakan salah sebuah buruj yang paling boleh kecam pada musim panas dan musim luruh utara. Buruj ini menonjolkan asterisme prominen yang dikenali sebagai Palang Utara (berlawanan dengan Palang Selatan). Cygnus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden.
Cygnus | |
---|---|
Buruj | |
![]() | |
Nama Latin | Cygnus |
Singkatan | Cyg |
Genitif | Cygni |
Sebutan | /signus/, genitif /signi/ |
Simbolisme | Undan, Angsa, atau Palang Utara |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
20.62 | |
Keserongan | +42.03 |
Sukuan | NQ4 |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 804 darjah persegi (ke-16) |
Bintang | |
Bintang utama | 9 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 84 |
Bintang dengan planet | 97 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 4 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 1 |
Bintang paling terang | Deneb (α Cyg) (1.25m) |
Bintang terhampir | 61 Cyg (11.36 tc, 3.48 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 2 |
Pancuran meteor | Pancuran Undan Oktober Pancuran Undan Kapa |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan September. | |
sunting |
Cygnus mengandungi Deneb, salah sebuah bintang paling cerah di langit malam dan salah satu sudut bagi Segi Tiga Musim Panas, serta sesetengah sumber sinar-X dan sekutuan bintang gergasi Cygnus OB2. Salah sebuah bintang daripada sekutuan ini, NML Cygni, ialah salah sebuah bintang paling besar yang diketahui setakat ini. Buruj ini juga merumahkan Cygnus X-1, sebuah bintang dedua sinar-X yang jauh yang mengandungi sebuah raksasa super dan pendamping masif yang tidak terlihat yang merupakan objek pertama yang banyak disangkakan sebagai lohong hitam. Banyak sistem bintang dalam Cygnus mempunyai planet yang diketahui kerana Misi Kepler mencerap satu tompok di langit, tompok yang merupakan kawasan di sekitar Cygnus. Sebagai tambahan, kebanyakan bahagian timur Cygnus didominasi oleh Tembok Besar Herkules–Mahkota Utara, sebuah filamen galaksi gergasi yang merupakan struktur terbesar yang diketahui di alam semesta boleh cerap; melitupi hampir keseluruhan langit utara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.