From Wikipedia, the free encyclopedia
Unai Emery Etxegoien ( Sebutan Sepanyol: [uˈnaj ˈemeɾi] ; lahir 3 November 1971) merupakan jurulatih bola sepak berasal dari Sepanyol dan bekas pemain yang kini merupakan ketua jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Unai Emery Etxegoien[1] | ||
Tarikh lahir | [1] | 3 November 1971||
Tempat lahir | Hondarribia, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Aston Villa (ketua jurulatih) | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1990[2] | Real Sociedad | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1995 | Real Sociedad B | 89 | (8) |
1995–1996 | Real Sociedad | 5 | (1) |
1996–2000 | Toledo | 126 | (2) |
2000–2002 | Racing Ferrol | 61 | (7) |
2002–2003 | Leganés | 28 | (0) |
2003–2004 | Lorca Deportiva | 30 | (1) |
Jumlah | 339 | (18) | |
Pasukan diurus | |||
2004–2006 | Lorca Deportiva | ||
2006–2008 | Almería | ||
2008–2012 | Valencia | ||
2012 | Spartak Moscow | ||
2013–2016 | Sevilla | ||
2016–2018 | Paris Saint-Germain | ||
2018–2019 | Arsenal | ||
2020–2022 | Villarreal | ||
2022– | Aston Villa | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Selepas kerjaya pemain bola sepak beliau yang dihabiskan kebanyakannya bermain di Segunda División Sepanyol, Emery bertukar karier menjadi jurulatih selepas bersara pada tahun 2004. Dia bermula di Lorca Deportiva, di mana dia membawa kelab itu naik ke Segunda División pada musim pertamanya . Beliau kemudiannya menyertai Almería, yang beliau memimpin keleb naik ke La Liga buat kali pertama dalam sejarah kelab. Beliau kemudiannya berpindah ke Valencia, membawa pasukan itu ke tempat tiga teratas. Selepas meninggalkan Valencia, beliau melatih Spartak Moscow selama enam bulan, sebelum berpindah ke Sevilla pada 2013.
Di Sevilla, Emery memenangi tiga kali berturut-turut trofi Liga Europa, dan berpindah ke kelab Perancis Paris Saint-Germain pada 2016. Di sana, beliau memenangi gelaran Ligue 1, dua gelaran Coupe de France, dua gelaran Coupe de la Ligue, dan dua gelaran Trophée des Champions, yang termasuk 4 gelaran semusim yang merupakan musim keduanya.[3]Selepas tamat kontraknya, Emery dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Inggeris Arsenal pada 2018, menggantikan Arsène Wenger.[4] Beliau menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Europa[5] pada musim pertamanya, sebelum dipecat pada November 2019 selepas beberapa siri keputusan buruk.[6] Beliau dilantik oleh Villarreal pada Julai 2020,[7] di mana beliau memenangi Liga Europa pada musim pertamanya.[8]
Emery dilahirkan di Hondarribia, Gipuzkoa, Negara Basque.[9][10] Bapa dan datuknya, masing-masing bernama Juan dan Antonio, juga merupakan pemain bola sepak, kedua-duanya penjaga gawang. Juan bermain untuk beberapa kelab di peringkat kedua, manakala Antonio beraksi bersama dengan Real Unión di bahagian teratas.[11][12] Bapa saudara Emery, Román, bermain sebagai pemain tengah.[13][14]
Emery, pemain tengah sebelah kiri, adalah graduan akademi bola sepak remaja Real Sociedad, tetapi tidak pernah diletakkan ke dalam senarai pemain pasukan utama (Ketika berusia 24 tahun dia beraksi dalam lima La Liga perlawanan, menjaringkan gol menentang Albacete Balompié dalam kemenangan 8–1 di tempat sendiri).[15] Selepas itu, beliau meneruskan kariernya kebanyakannya dalam Segunda División, mengumpul 215 perlawanan dan sembilan gol sepanjang tujuh musim.
Beliau bersara daripada bola sepak dengan Lorca Deportiva CF menjadi kelab terakhir beliau pada usia 32 tahun, selepas satu musim dalam Segunda División B.
Emery ialah penutur asli bahasa Basque.[16] Emery terkenal dengan bahasa Inggeris loghat (accent) Basque dan telah diejek secara terbuka oleh pemainnya semasa karier pengurusannya di Arsenal.[17]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.