Uluru
Pembentukan batu pasir besar di Australia. Biasanya dikenali sebagai Ayers Rock. From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembentukan batu pasir besar di Australia. Biasanya dikenali sebagai Ayers Rock. From Wikipedia, the free encyclopedia
Uluru atau nama lama ia Ayers Rock[1] adalah pembentukan batu pasir besar tertelak di pedalaman bahagian selatan Wilayah Utara dalam rantau Anangu tengah Australia. Ia merupakan antara mercu tanda semulajadi paling dikenali di negara tersebut.
Uluru | |
---|---|
Uluṟu | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 863 m (2,831 ka) |
Tonjolan | 348 m (1,142 ka) |
Koordinat | 25°20′42″S 131°02′10″E |
Geografi | |
Lokasi | Northern Territory, Australia |
Geologi | |
Usia batuan | 550–530 Ma |
Jenis gunung | Inselberg |
Nama rasmi | Uluṟu-Kata Tjuṯa National Park |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
sunting · sunting di Wikidata |
Uluru adalah tempat suci bagi masyarakat peribumi Pitjantjatjara yang menduduki kawasan itu. Kawasan di sekitar formasi terdapat banyak mata air, lubang air, gua batu dan lukisan kuno. Muka bumi ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan digolong bersama Kata Tjuta dalam suatu cagar alam besar.
Ia terletak 335 km (208 bt) barat daya bandar besar terdekat, Alice Springs.
Monolit ini terdiri utama dari arkose kasar (sejenis batu pasir yang sarat feldspar) dan beberapa konglomerat.[2][3] Komposisi purata ialah 50% feldspar, 25–35% kuarza dan sebanyak 25% serpihan batuan.[2]
Data iklim untuk Yulara Aero | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 46.4 (115.5) |
45.8 (114.4) |
42.9 (109.2) |
39.6 (103.3) |
35.7 (96.3) |
36.4 (97.5) |
31.1 (88.0) |
35.0 (95.0) |
38.7 (101.7) |
42.3 (108.1) |
45.0 (113.0) |
47.0 (116.6) |
47.0 (116.6) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 38.4 (101.1) |
36.9 (98.4) |
34.4 (93.9) |
29.8 (85.6) |
24.2 (75.6) |
20.4 (68.7) |
20.4 (68.7) |
23.7 (74.7) |
28.8 (83.8) |
32.4 (90.3) |
35.1 (95.2) |
36.5 (97.7) |
30.1 (86.2) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 22.7 (72.9) |
22.1 (71.8) |
19.3 (66.7) |
14.4 (57.9) |
9.3 (48.7) |
5.6 (42.1) |
4.4 (39.9) |
5.9 (42.6) |
10.7 (51.3) |
15.0 (59.0) |
18.4 (65.1) |
20.8 (69.4) |
14.1 (57.4) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | 12.7 (54.9) |
12.1 (53.8) |
8.0 (46.4) |
1.3 (34.3) |
1.1 (34.0) |
−1.8 (28.8) |
−3.6 (25.5) |
−2.2 (28.0) |
−1 (30) |
4.5 (40.1) |
6.5 (43.7) |
9.9 (49.8) |
−3.6 (25.5) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 25.8 (1.02) |
39.6 (1.56) |
35.1 (1.38) |
14.7 (0.58) |
13.0 (0.51) |
17.4 (0.69) |
18.4 (0.72) |
4.3 (0.17) |
7.4 (0.29) |
20.7 (0.81) |
34.2 (1.35) |
40.2 (1.58) |
274.6 (10.81) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 1 mm) | 3.2 | 2.9 | 2.0 | 1.7 | 1.8 | 1.6 | 1.9 | 1.0 | 1.4 | 2.7 | 3.9 | 4.7 | 28.8 |
Sumber: Bureau of Meteorology |
Sebanyak lima musim yang dikenalpasti berdasarkan pemerhatian masyarakat peribumi yang menidami sekitarnya
Pada 19 Julai 1873, seorang juruukur bernama William Gosse menemukan bentuk muka bumi ini dalam pemerhatiannya, beliau menamakannya Ayers Rock sebagai penghormatan kepada Ketua Setiausaha Australia Selatan ketika itu, Sir Henry Ayers.[4]
Hak milik tanah sekitar kawasan ini dikembalikan kepada masyarakat Pitjantjatjara dari kerajaan Australia pada 26 Oktober 1985 dengan suatu perjanjian ia akan dipegang bersama Agensi Taman dan Hidupan Liar Australia selepas 99 tahun.
Masyarakat Aṉangu tidak memanjat bukit ini kerana muka bumi tersebut mengikuti arah jejak semangat yang melaluinya semasa penciptaan alam mereka (menurut kepercayaan mereka); ia sangat ditekankan kepada para pengunjung yang juga menyentuh faktor keselamatan.[5] Namun, perkara ini ada tidak diendahkan dengan sekurang-kurangnya 37 kes kmatian yang berkaitan dengan pendakian rekreasi sejak kejadian tersebut mula direkodkan.[5][6] Atas kedua-dua faktor inilah Uluru akhirnya larangan pendakian dikuatkuasa pada 26 Oktober 2019[7] atas keputusan sebulat suara pihak pengurusan cagar alam sekitarnya.[8]
Batu-batu dari sekitar kawasan ini ditegah kutip kerana dipercayai akan menerima bala selepas disumpah; banyak kejadian tercatat di mana orang yang mengambil batu-batu ini berusaha memulangkan kembali agar menghapus sumpahan yang dikatakan terasa.[9][10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.