U-Boot
Kapal selam Jerman / From Wikipedia, the free encyclopedia
U-boot [ˈuːboːt] ( dengar), pemendekan Unterseeboot, perkataan Jerman yang bermaksud "kapal selam atau bot bawah laut".[1]
Sementara perkataan Jerman merujuk kepada apa jua jenis kapal selam, perkataan Inggeris, U-Boat, bersama-sama beberapa bahasa lain merujuk khusus kepada kapal selam tentera yang dikendalikan Tentera Laut Jerman, khususnya semasa perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Mahupun kapal-kapal selam ini merupakan senjata armada yang efisien untuk menentang kapal perang musuh, kapal-kapal selam ini paling berkesan dalam peperangan ekonomi apabila digunakan menentang serangan perdagangan dan menguatkuasakan sekatan laut terhadap perkapalan musuh. Sasaran-sasaran utama kempen-kempen U-boot dalam kedua-dua perang dunia ialah konvoi dagang yang membawa bekalan dari Kanada, Empayar British dan Amerika Syarikat ke United Kingdom dan (semasa Perang Dunia Kedua), ke Kesatuan Soviet dan negara-negara Bersekutu di Laut Mediterranean. Kapal selam Austria-Hungary sebelum dan semas Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai U-boot.