From Wikipedia, the free encyclopedia
Turpentin (Jawi: تورڤنتين, bahasa Inggeris: turpentine ), tarpin (Jawi: ترڤين) atau minyak tusam ialah sejenis cecair yang diperoleh hasil penyulingan resin pokok hidup, terutamanya yang jenis kayu tusam. Ia banyak digunakan sebagai pelarut dan sebagai sumber bagi bahan sintesis organik.
Turpentin terdiri daripada terpena, terutamanya alpha-pinena dan beta-pinena monoterpena dengan sedikit karena, kamfena, dipentena dan terpinolena.[1]
Perkataan turpentin berasal daripada perkataan bahasa Yunani τερεβινθίνη terebinthine, nama spesies sebatang pokok, Pistacia terebinthusmelalui bahasa-bahasa Perancis dan Latin.[2]
Terdapat beberapa jenis pokok pinus yang dipilih untuk mendapatkan getah mentah membuat bahan ini iaitu:
Turpentin mineral atau sulingan petroleum lain digunakan menggantikan turpentin, tetapi secara kimianya tidak sama.[3]
Ia digunakan untuk melarutkan atau mencairkan cat berasaskan minyak.[4]
Komponen-komponen asas alfa-pinena dan beta-pinena terkandung dalam tarpin boleh diekstrakkan dan ditulenkan sebagai bahan sebatian organik berwangi tertentu seperti kapur barus, linalool, alpha-terpineol dan geraniol.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.