Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor & Pemangku Sultan Johor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada (1984-06-30)30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor) merupakan Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.
Tunku Mahkota Ismail | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemangku Sultan Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2024 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2024 [1] | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Idris | ||||||||
Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2010 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2010 | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Ibrahim Ismail | ||||||||
Raja Muda Johor | |||||||||
Pemerintahan | 30 Jun 2005 – 28 Januari 2010 | ||||||||
Pemasyhuran | 8 April 2006 | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Iskandar | ||||||||
Keputeraan | Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Tunku Ibrahim Ismail (1984-06-30)30 Jun 1984 (umur 40 tahun dan 24 hari) Johor Bahru, Johor | ||||||||
Pasangan | Che’ Puan Mahkota Khaleeda (k. 2014) | ||||||||
Anakanda | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar (Raja Muda Johor) Tunku Abu Bakar Tunku Zahrah Zarith Aziyah | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong Johor Kesultanan Johor | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama lain | - | ||||||||
Nama samaran | TMJ | ||||||||
Kesetiaan | Sultan Johor | ||||||||
Perkhidmatan | Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Tentera Darat India | ||||||||
Tahun perkhidmatan | 2003 – kini (Khidmat aktif) | ||||||||
Pangkat | Mejar Jeneral (JMF) Kapten (Tentera Darat India) | ||||||||
Unit | 61 Cavalry, Jaipur Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) | ||||||||
Anugerah | Terbaik dalam menunggang kuda (2003–2004) | ||||||||
Tunku Ismail merupakan putera sulung kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-XVII, Raja Zarith Sofiah. Baginda juda adalah cucunda kepada Sultan Johor era moden yang ke-4 iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail serta cucunda kepada Sultan Perak yang ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.
Tunku Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[2][4] Tunku Ismail kemudian dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010[5] selepas ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. Pada 28 Januari 2024, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor apabila ayahandanya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.