Temenggung Johor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Temenggong Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggong Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggong Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggong Muar di Muar. Keturunan Temenggong kemudiannya mengasaskan kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari (Wangsa Temenggong Johor) ialah Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim.