Tunjuk perasaan Indonesia 2022, juga dikenali sebagai Demo 11 April ialah siri protes yang diketuai secara amnya oleh para mahasiswa di seluruh Indonesia.[1] Bantahan itu dicetuskan oleh khabar angin berhubung penangguhan pilihan raya negara pada 2024 dan cadangan meminda perlembagaan bagi membolehkan Presiden Joko Widodo menjawat jawatan dalam penggal ketiga.[2] Protes itu turut berkisar tentang harga makanan dan kenaikan harga minyak masak di Indonesia.[3] Bantahan dijalankan kebanyakannya oleh pelajar universiti dan kolej di kota-kota utama Indonesia,[4] dan kebanyakannya dianjurkan oleh kelompok badan eksekutif mahasiswa (majlis perwakilan pelajar) Indonesia (BEM-SI).[5]
Fakta Segera Tarikh, Punca ...
Tunjuk perasaan Indonesia 2022 |
---|
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/df/2022_Indonesian_student_protests_at_Padang.jpg/300px-2022_Indonesian_student_protests_at_Padang.jpg) Tunjuk perasaan di Padang |
Tarikh | 11 April 2022 (2022-04-11) — kini |
---|
Punca |
- Khabar angin penundaan pilihan raya 2024
- Khabar angin pelanjutan kepresidenan Joko Widodo
- Kenaikan harga barangan asas, minyak asas dan minyak petrol
|
---|
Matlamat | Lihat § Tuntutan |
---|
Status | Sedang berlangsung |
---|
|
|
|
|
|
|
1 pegawai polis meninggal dunia |
|
Tutup
Ini juga juga ketara dengan perpecahan antara BEM-SI dan BEM Nusantara, satu lagi pakatan pelajar, dengan beberapa protes berasingan cuba menjauhkan diri mereka daripada BEM-SI walaupun matlamat dan tuntutan yang serupa.[6][7][8][9]