Bantahan menentang rang undang-undang serah balik Hong Kong 2019–2021 merupakan bantahan yang berturut-turut di Hong Kong dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, menuntut penarikan Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 yang diusulkan oleh Kerajaan Hong Kong. Puak pembantah bimbang akan rang undang-undang ini akan menyebabkan bandar raya ini membuka peluang kepada pengaruh undang-undang tanah besar China dan rakyat dari Hong Kong kemudiannya akan tertakluk dengan sistem undang-undang yang berbeza.
Tunjuk perasaan Hong Kong 2019–2020 | |||
---|---|---|---|
Tarikh | 15 Mac 2019 – Sekarang (5 tahun, 7 bulan dan 4 minggu) | ||
Lokasi | Hong Kong:
| ||
Punca | Usul Rang Undang-undang Pesalah Buronan dan Bantuan Guaman Bersama dalam Perundangan Hal Jenayah (Pindaan) 2019 oleh Kerajaan Hong Kong | ||
Matlamat |
| ||
Kaedah | Pendudukan, mogok duduk, keingkaran awam, bantahan jalanan bergerak, aktivisme internet, mogok besar-besaran | ||
Status | Sedang berlaku | ||
Pihak terlibat | |||
| |||
Tertahan dan tercedera | |||
Tercedera | 72[1] (sehingga 12 Jun 2019) | ||
Ditangkap | 19[2] (sehingga 9 Jun 2019) |
Pelbagai bantahan telah dilancarkan di Hong Kong oleh orang awam dan pengamal undang-undang. Antaranya, bantahan 9 Jun yang telah diatur oleh Barisan Hak Asasi Manusia Awam (CHRF) telah menganggarkan 1.03 juta orang menghadirinya dan telah mendapat liputan media massa besar.[3] Bantahan di tempat-tempat lain juga dilancarkan oleh orang Hong Kong di luar negara dan orang tempatan.
Walaupun terdapat bantahan yang meluas, kerajaan berkeras terhadap pelulusan rang undang-undang tersebut, menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut penting dan menjadi "jalan keluar" untuk undang-undang yang patut dibaiki.[4] Bacaan kedua asalnya dijadualkan pada 12 Jun namun tidak dapat diadakan berikutan bantahan,[5] dan mesyuarat yang dijadual pada hari berikutnya, 13 Jun juga telah ditunda.[6]
Lihat juga
- 2019 di Hong Kong
- Lenyapan Causeway Bay Books
- Bantahan Hong Kong
- Perarakan 2010 bagi Hak Mengundi Umum
- Bantahan Hong Kong 2014
- Kekacauan awam Mong Kok 2016
- Umbrella Movement
- Hak asasi manusia di China
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.