Tulisan Burma
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tulisan Burma (Bahasa Burma: မြန်မာအက္ခရာcode: my is deprecated code: my is deprecated ; MLCTS: mranma akkha.ra) ialah sejenis tulisan abjad suku kata dalam Rumpun Brahmi yang digunakan untuk menulis Bahasa Burma. Tulisan Burma juga digunakan bagi menulis bahasa keagamaan seperti bahasa Pali dan Sanskrit. Aksara tulisan ini kelihatan bulat kerana ia secara tradisionalnya ditulis pada daun kelapa. Ia ditulis dari kiri ke kanan tanpa memerlukan jarak, walaupun penulisan modern biasanya menggunakan jarak pada setiap fasal bagi meningkatkan kebolehbacaan.
Fakta Segera Tulisan Burma, Jenis ...
Tulisan Burma | |
---|---|
![]() | |
Jenis | |
Bahasa | Bahasa Burma |
Tempoh masa | c. 1058–sekarang |
Aksara induk | Abjad Proto-Sinai
|
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Mymr, 350 |
Alias Unikod | Myanmar |
Julat Unikod | U+1000–U+109F |
Tutup
Tulisan Burma berasal dari Tulisan Mon Kuno, yang juga telah membawa kepada tulisan berkaitan seperti Tulisan Tai Tham utara (Lanna). Bukti terawal tulisan Burma bertarikh 1058.[1]