From Wikipedia, the free encyclopedia
Toyota Corolla adalah kereta jenis sedan kompak yang dihasilkan oleh Toyota. Diperkenalkan tahun 1966, menjadi kereta terlaris di dunia sejak 1974, dengan jualan lebih daripada 40 juta unit tahun 2013. Tahun 1997, Corolla menjadi model kereta terlaris sedunia melampaui Volkswagen Beetle. Corolla tidak hanya dihasilkan di Jepun , tetapi juga di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Thailand, Inggeris, Turki, serta beberapa negara lain.
Toyota Corolla | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota Motor Corporation |
Pengeluaran | 1966–sekarang |
Pendahulu | Toyota Publica |
Kelas | Kereta subkompak (1966–1991) Kereta kompak (1991-sekarang) |
Corolla dilengkapi enjin 4-silinder petrol dan di Jepun serta Eropah juga dipasarkan dengan enjin diesel. Bentuk body Corolla yang paling umum adalah sedan 4-pintu. Model body lain yang disediakan adalah Station wagon, dan Hatchback 3 dan 5 pintu. Model sport berbentuk Coupe 2-pintu pernah dihasilkan dari tahun 1970-an hingga 1999 dengan nama Corolla Levin dan Sprinter Trueno. Pada tahun 1980-an, Levin dan Trueno juga didapati dalam bentuk Liftback 3-pintu.
Pesaing Corolla yang utama adalah Honda Civic, Nissan Sunny atau Sentra, Mitsubishi Lancer, Mazda 323 yang kemudian digantikan oleh Mazda3, dan Subaru Impreza.
Generasi Pertama | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | November 1966–April 1970[1] |
Pemasangan | Toyota City, Jepang Port Melbourne, Victoria, Australia |
Gaya badan | 2-door coupe 4-door sedan 4-door station wagon |
Reka letak | FR layout |
Enjin | 1.1 L I4 K 1.2 L I4 3K |
Penghantaran | 4-speed manual 2-speed otomatis |
Jarak roda | 90.0 in (2286 mm) |
Panjang | 151.5 in (3848 mm) |
Lebar | 58.7 in (1491 mm) |
Tinggi | 54.3 in (1379 mm) |
Muatan | 36.5 L (9.6 US gal; 8.0 imp gal)[2] |
Kereta kecil yang sederhana berenjin 2K 1100cc yang diberi kod KE10 untuk Sedan, ke15 untuk Coupe, atau ke16 untuk Wagon. Di luar Jepun, negara pertama yang mendapat Corolla adalah Australia. Corolla pertama kali dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Model facelift yang hadir pada tahun 1969 dilengkapi enjin 3K 1200 cc diberi kod KE11 untuk Sedan, ke18 untuk Wagon dan ke17 untuk Sprinter Coupe.
Generasi Kedua | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | Mei 1970–Mei 1978[1] |
Pemasangan | Toyota City, Jepang Port Melbourne, Victoria, Australia[perlu rujukan] Jakarta, Indonesia[perlu rujukan] |
Gaya badan | 2-door coupe 2-door sedan 4-door sedan 3-door station wagon 5-door station wagon 3-door van |
Reka letak | FR layout |
Enjin | 1.2 L I4 3K 1.4 L I4 T 1.6 L I4 2T |
Jarak roda | 103.9 in (2639 mm)[3] (coupe) |
Panjang | 155.3 in (3945 mm)[3] (coupe) |
Lebar | 59.3 in (1506 mm)[3] |
Tinggi | 53 in (1346 mm) [3] |
Berat Curb | 770 kg (1,698 lb) to 850 kg (1,874 lb) |
Corolla 20-series lebih besar dari pendahulunya. Ini merupakan model Toyota yang berjaya di seluruh dunia. Mesin yang digunakan adalah 3K (1200 cc), 3K-B (1200 cc dengan 2 karburator), T (1400 cc), 2T (1600 cc), dan 2T-G (1600 cc DOHC) berkemampuan tinggi.
Pada tahun 1972, diperkenalkan model sport Corolla Levin dan Sprinter Trueno. Corolla Levin menjuarai Press on Regardless Rally di Amerika, dan 1000 Lakes Rally di Finland.
Di Indonesia, Corolla generasi ini yang pertama kali dijual ke pasaran dengan model sedan 4 pintu dilengkapi enjin 1200cc dan transmisi 4 speed manual.
Generasi ketiga | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | Agustus 1974–Juli 1981[1] |
Pemasangan | Toyota City, Jepang Port Melbourne, Australia, Thames, Selandia Baru, Samut Prakan, Thailand |
Gaya badan | 2-door coupe 2-door sedan 4-door sedan 2-door hardtop coupé 3-door liftback 3-door station wagon 5-door station wagon 3-door van |
Reka letak | FR layout |
Enjin | 1.2 L I4 3K 1.3 L I4 4K 1.4 L I4 T 1.6 L I4 2T 1.6 L I4 12T |
Penghantaran | 2-speed otomatis 3-speed otomatis 4-speed manual 5-speed manual |
Berkait | Sprinter, Daihatsu Charmant |
Krisis bahan bakar pada tahun 1974 membuat kebanyakan orang di Amerika pindah dari kereta Amerika yang dilengkapi enjin besar ke kereta kecil yang ekonomi. Hal ini membuat Corolla berjaya terjual dalam jumlah yang besar. Corolla Sedan, Hardtop, dan Wagon berasaskan 30-series, Sprinter Sedan 40-series. Corolla dan Sprinter Sports Coupe dan Liftback berasaskan 50-series. Semua model yang menggunakan mesin dengan pembebasan rendah, Toyota Total Clean (TTC), 60-series, model ini hanya dijual di Jepun.
Toyota Corolla E70 (Generasi keempat) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | Agustus 1979[1]–Juni 1984 |
Pemasangan | Toyota City, Jepang Port Melbourne, Victoria, Australia, Thames, Selandia Baru, Samut Prakan, Thailand |
Gaya badan | 2-door Sedan 4-door sedan 2-door hardtop coupé 3-door liftback 3-door station wagon 5-door station wagon 5-door van |
Reka letak | FR layout |
Enjin | 1.3 L I4 4K 1.5 L I4 5K 1.5 L I4 3A 1.6 L I4 2T 1.6 L I4 12T 1.6 L I4 4A 1.8 L I4 3T 1.8 L I4 13T 1.8 L I4 1C diesel |
Jarak roda | 94.5 in (2400 mm) |
Berkait | Daihatsu Charmant |
Ini merupakan Corolla terakhir untuk semua model yang berpenggerak roda belakang. Di Jepun banyak sekali varian dan bentuknya. Ada Sedan 2 dan 4 pintu, Hardtop, Coupe, Liftback, Station Wagon, dan Van. Mesin yang tersedia adalah 1300 cc 4K, 1500 cc 5K, 1600 cc 2T dan 2T-G (DOHC). Model di Amerika dilengkapi enjin 2T-C (1600 cc) dan 3T-C (1800 cc) dengan bentik body Sedan 2 pintu, 4 pintu, Coupe, Hardtop, Liftback, dan Wagon. Syarikat karoseri di California ada yang membuat Corolla Convertible dengan bumbung kanvas yang boleh dibuka berasaskan Corolla Hardtop.
Di Indonesia hanya didapati dalam variant DX 4 pintu dilengkapi enjin 1300 cc 4K. Platform generasi ini juga dipakai untuk Daihatsu Charmant. Corolla DX di Indonesia 1980 mempunyai 4 lampu depan yg berbentuk bulat, bumper masih menggunakan besi dengan getah di kedua-dua hujungnya, pada tahun 1981 mengalami perubahan pada lampu depan jadi bentuk petak. Model tahun 1982 mempunyai perbezaan pada lampu sen depan yg melebar ke samping dan lampu belakang baru, sedangkan tahun 1983 Corolla DX hadir dengan tachometer dan bumper urethane yang panjang
Toyota Corolla E80 (Generasi Kelima) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | 1983–1987 |
Pemasangan | Toyota City, Jepang Fremont, California (FX) Santa Rosa, Laguna, Filipina Durban, Afrika Selatan Thames, Selandia Baru |
Gaya badan | 3-door hatchback (FX) 4-door sedan 5-door hatchback (FX) 5-door liftback 2-door coupé (RWD) 3-door liftback coupé (RWD) |
Reka letak | Mesin depan, penggerak roda depan / penggerak roda belakang / 4WD |
Enjin | 1.3 L I4 2A 1.3 L I4 2E 1.5 L I4 3A 1.6 L I4 4A 1.8 L I4 1C diesel |
Penghantaran | 3-speed otomatis 4-speed otomatis 5-speed manual |
Jarak roda | 95.6 in (2428 mm) FX: 95.7 in (2431 mm) |
Berat Curb | 1047 kg (2304 lb) |
Berkait | Toyota Sprinter Chevrolet Nova |
Hanya model sport Corolla Levin dan Sprinter Trueno yang berpenggerak roda belakang, model yang lain berpenggerak roda depan. Sprinter Trueno dijual di Amerika sebagai Corolla SR5 dan GT-S. AE86 adalah kod untuk Levin dan Trueno berenjin kemampuan tinggi 4A-GE (1600 cc DOHC), iaitu GT, GT-S, GT-V, dan APEX. AE86 sangat popular dengan sebutan Hachiroku, yang berasal dari Bahasa Jepun, hachi = 8, dan roku = 6.
Untuk pasaran Australia, Corolla dijual dalam bentuk sedan, hatchback, Liftback yang disebut Seca, dan model Sport bernama Sprinter.
Di Indonesia, Corolla generasi ini yang dipasarkan secara rasmi hadir dalam versi GL (AE80) dengan mesin 2A 1300 cc dan versi facelift SE Saloon (EE80) dengan mesin 2E 1300 cc.
Generasi Keenam (E90) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota NUMMI |
Pengeluaran | 1987–1991 |
Pemasangan | Cambridge, Ontario, Kanada Fremont, California, Amerika Serikat Toyota City, Jepang Durban, Afrika Selatan Santa Rosa, Laguna, Filipina Cikarang, Indonesia Port Melbourne, Victoria, Australia Thames, Selandia Baru Chachoengsao, Thailand |
Gaya badan | 2-door coupé 3-door hatchback 4-door sedan 5-door hatchback 5-door liftback 5-door station wagon |
Reka letak | Mesin depan, Penggerak roda depan / 4WD |
Enjin | Gasoline: 1.3 L I4 1.5 L I4 1.6 L I4 Diesel: 2.0 L I4 |
Penghantaran | 3-speed otomatis 4-speed otomatis 5-speed manual |
Jarak roda | 95.7 in (2431 mm) |
Panjang | Sedan: 170.3 in (4326 mm) Liftback & Coupe: 172.2 in (4374 mm) Wagon: 172.0 in (4369 mm)/171.5 in (4356 mm) |
Berkait | Toyota Sprinter Geo Prizm Holden Nova |
Mula generasi ini kebanyakan Corolla sudah dilengkapi enjin Twincam 4A-F (Head sempit) atau 4A-G (Head lebar) dengan karburator atau injection. Enjin petrol 1300 cc dengan karburator dan diesel dipasang pada Corolla Sedan versi murah serta Station Wagon dan Van. Corolla Sedan juga dibuat dalam versi mewah iaitu SE Limited untuk Asia yang hampir sama dengan LE di Amerika. Corolla versi Amerika mempunyai bumper yang lebih panjang dibanding versi untuk region lain, serta lampu penunjuk merah di fender belakang. Corolla GTi yang sporty dengan mesin 4A-GE dibuat dalam bentuk Hatchback, Sedan, dan Liftback. Di Jepun, model sports coupe Corolla Levin dan Sprinter Trueno ada yang menggunakan enjin 4A-GZE dengan Supercharger. Corolla Coupe untuk Amerika sebenarnya adalah Sprinter Trueno dengan lampu depan retractable. Tersedia dalam 2 pilihan iaitu SR5 dan GT-S.
Corolla All-Trac Wagon yang mempunyai body berbeza dengan Wagon biasa berasaskan pada Sprinter Carib di Jepun. Kereta berkode AE95 ini merupakan model pertama Corolla generasi keenam yang dijual di Australia pada tahun 1988. Corolla AE90 dan AE92 dalam bentuk sedan, hatchback, serta AE92 Liftback yang disebut Seca baru hadir pada tahun 1989. Model facelift dengan grille, bumper, dan lampu belakang baru dilancarkan di Jepun pada tahun 1989, untuk export tahun 1990, dan di Amerika untuk model tahun 1991.
Di Indonesia, model Corolla ini dikenali dengan nama Corolla Twincam, walaupun yang 1300 cc enjin single cam (SOHC).
Seventh generation | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | Jun 1991[4] – Aug 1998[5] July 1994 – July 1999 (Australia)[6][7] |
Pemasangan | Cambridge, Canada (TMMC) Fremont, USA (NUMMI) Toyota City, Japan Durban, South Africa Santa Rosa, Philippines Jakarta, Indonesia Adapazari, Turkey Altona, Australia Thames, New Zealand Chachoengsao, Thailand Karachi, Pakistan Shah Alam, Malaysia |
Pendahulu | Corolla E90 |
Pengganti | Corolla E110 |
Gaya badan | 4-door sedan 3/5-door hatchback 2-door coupé 3/5-door liftback 5-door station wagon |
Reka letak | FF layout |
Enjin | Petrol: 1.3 L 2E I4 1.5 L 5A-FE I4 1.6 L 4A-FE I4 1.8 L 7A-FE I4 Diesel: 2.0 L 2C I4 2.2 L 3C-E I4 |
Penghantaran | 4/5/6-speed manual 3/4-speed automatic |
Jarak roda | 97.0 in (2,464 mm) |
Panjang | 172.0 in (4,369 mm) |
Lebar | 66.3 in (1,684 mm) |
Tinggi | Sedan: 53.5 in (1,359 mm) Wagon: 55.3 in (1,405 mm) |
Berat Curb | 1052 kg (2315 lb) |
Berkait | Sprinter Geo Prizm Holden Nova |
Dilancarkan di Jepun pada bulan Jun 1991 dengan enjin 1300 cc 4E, 1500 cc 5E, 1600 cc 4A, dan 2000 cc diesel 2C. Model Sedan dan Coupe dihasilkan sehingga tahun 1995, sedangkan model Station Wagon dan Van tetap dibuat sehingga tahun 2000.
Disebut Great Corolla di Indonesia mula dijual pada tahun 1992 dengan model SE menggunakan mesin 2E 1300 cc dan SE-G dengan mesin 4A-FE 1600 cc. 1.3 SE digantikan oleh 1.6 SE pada tahun 1994.
Model baru untuk tahun 1993 di Amerika dengan model Standard, DX, and LE Sedan, serta DX Station Wagon. Model standard dilengkapi enjin 4A-FE (1600 cc), DX dan LE menggunakan mesin 7A-FE (1800 cc). Untuk tahun 1996, Corolla versi Amerika mendapat facelift dan semua model di pengeluaran di Amerika. Model LE and Station Wagon yang di import dari Jepun tidak dijual lagi. Corolla CE (Classic Edition) mula dipasarkan.
Di Australia, Corolla generasi ini dilancarkan pada tahun 1994, dan dihasilkan secara tempatan. Corolla Sedan terdiri daripada model 1.6 CSi, 1.6 CSX, 1.8 CSX Conquest, and 1.8 Ultima, sedangkan Corolla Hatchback adalah 1.6 Seca CSi, 1.8 Seca Conquest, dan 1.8 Seca RV. Hanya satu model yang di import dari Jepun iaitu Corolla Sprinter Liftback.
Eighth generation | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota Motor Corporation |
Juga dikenali | Toyota Carib Toyota Sprinter Chevrolet Prizm |
Pengeluaran | May 1995–March 2002 Januari 1996-Julai 2001 (Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina & Brunei) Mei 1995-Ogos 2000 (Jepun) |
Pemasangan | Cambridge, Ontario, Canada (TMMC) Adapazari, Turkey Fremont, California (NUMMI) Toyota City, Japan Durban, South Africa Indaiatuba, Brazil Santa Rosa, Laguna, Philippines Cikarang, Indonesia Shah Alam, Malaysia Chachoengsao, Thailand Thames, New Zealand (CKD) |
Pendahulu | Corolla E100 |
Pengganti | Corolla E120 |
Kelas | Compact car |
Gaya badan | 4-door sedan 2-door coupé (JDM) 3-door hatchback 5-door liftback 5-door station wagon[8][nb 1] |
Reka letak | FF layout |
Pelantar | Toyota Corolla |
Enjin | Petrol (EFi):[8] 1,331 cc 4E-FE I4 (E110) 1,498 cc 5A-FE I4 1,587 cc 4A-GE/4A-FE I4 1,762 cc 7A-FE I4 (AE112/115) Diesel (EFi): 1,974 cc 2C-III I4 2,184 cc 3C-E I4 Japanese market: Other variations -See North America, Europe, Oceania |
Penghantaran | 5-speed manual 6-speed manual (JDM)[8] 3/4-speed automatic |
Jarak roda | 2,465 mm (97.0 in)[9] |
Panjang | Hatchback: 4,120 mm (162 in) Liftback: 4,270 mm (168 in) Saloon: 4,315 mm (169.9 in) Station wagon: 4,340 mm (171 in)[9] |
Lebar | 1,690 mm (67 in)[9] |
Tinggi | Hatchback, Liftback, Saloon: 1,380 mm (54 in) Station wagon: 1,445 mm (56.9 in) |
Berat Kerb | 1,095 kg (2,414 lb)[9] |
Untuk generasi ini, Toyota pembuat Corolla yang berbeza untuk region yang berbeza. Versi Jepun mula dipasarkan di Jepun pada bulan Mei 1995, dan beberapa negara Asia, Amerika Selatan, serta Afrika pada tahun 1996. versi Eropah untuk Eropah dan Australia hadir pada tahun 1997. versi Amerika hanya untuk USA dan Canada baru untuk model tahun 1998. versi Eropah hadir dengan penampilan yang sangat berbeza dengan versi untuk region lain. Corolla Eropah mempunyai lampu depan berbentuk bulat.
Corolla dengan platform E110 yang terdiri dari EE110 (1300cc), AE110 (1500cc), AE111 (1600 cc), AE114 (4WD), dan CE110 (Diesel) dilancarkan pada pertengahan tahun 1995. Untuk menjimatkan kos pengeluaran, Corolla sedan dibuat lebih mudah daripada generasi sebelumnya. Ini adalah generasi terakhir untuk model coupe, Corolla Levin dan Sprinter Trueno. Levin dan Trueno ada yang dilengkapi enjin Supercharger 4A-GZE. Pada awal tahun 1997, Corolla pertama berbentuk mini-MPV iaitu Corolla spacio dilancarkan, dan beberapa bulan kemudian model sedan mendapat facelift. Di Jepun Corolla Eropah model Station Wagon disebut Sprinter Carib. Grade Corolla di Jepun:
Untuk pasaran Asia, digunakan mesin 4A-FE (AE111 - dikenal dengan nama All New Corolla) dengan tahun Edar 1996-1998 dengan variant 1.6 XLi, 1.6 SE-G, dan 1.6 S-Cruise. Model facelift berenjin 7A-FE (AE112) dengan tahun Edar 1998-2001 didapati dalam variant 1.8 XLi dan 1.8 SE-G.
Output mesin: 4A-FE: 115 hp @ 6000 rpm, tork 15 kgm @ 4800 rpm. 7A-FE: 120 hp @ 6000 rpm, tork 16 kgm @ 4400 rpm.
Kedua-dua mesin ini memakai teknologi Twincam 16 valve EFI
Corolla AE112 atau dikenali dengan nama New Corolla ini merupakan sedan dengan ciri-ciri yang lengkap dan termewah di kelasnya saat itu. Dilengkapi dengan ABS, dual airbag, variable timing pengelap, dan sebagainya.
Ninth generation | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | August 2000–2007 (Japan) 2002–2008 (North America) 2004–present (China) July 2001 – January 2007 (Allex, Runx)[10] |
Pemasangan | Japan: Toyota, Aichi (Takaoka plant) Japan: Kanegasaki, Iwate (Higashi Fuji plant, Corolla Fielder, after August 2005)[10] Fremont, Cal., United States (NUMMI) Cambridge, Ontario, Canada (TMMC) Durban, South Africa Burnaston, United Kingdom Adapazarı, Turkey Tianjin, China Zhongli, Taiwan[11] Bangalore, India (Toyota India) Shah Alam, Malaysia Karachi, Pakistan Dhaka, Bangladesh Santa Rosa, Philippines Chachoengsao, Thailand Vĩnh Phúc, Vietnam Indaiatuba, Brazil Cumaná, Venezuela Bogotá, Colombia Cikarang, Indonesia |
Pendahulu | Toyota Corolla (E110) |
Pengganti | Toyota Corolla (E140/E150) — sedan, wagon Toyota Auris (E150) — hatchback |
Gaya badan | 4-door sedan 3-door hatchback 5-door hatchback 5-door station wagon |
Reka letak | Front-engine, front-wheel-drive Front-engine, four-wheel-drive |
Pelantar | Toyota MC platform |
Enjin | 1.4L I4 4ZZ-FE 1.5L I4 1NZ-FE 1.6L I4 3NZ-FE 1.6L I4 1ZR-FE 1.6L I4 3ZZ-FE 1.8L I4 1ZZ-FE 1.8L I4 2ZZ-GE 1.4L I4 1ND-TV D-4D diesel 2.0L I4 1CD-FTV D-4D diesel |
Penghantaran | 4-speed automatic 5-speed manual 6-speed manual |
Jarak roda | 2,600 mm (102 in)[12] Verso: 2,750 mm (108.3 in) |
Panjang | 2000–03 Corolla: 4,390 mm (173 in) 2004–07 models: 178.3 in (4,529 mm) Verso/Japanese models: 4,370 mm (172.0 in) Hatchback: 4,180 mm (164.6 in) |
Lebar | 2000–03 Corolla: 66.73 in (1,695 mm) 2004–07 models: 67.14 in (1,705 mm) Verso: 1,770 mm (69.7 in) |
Tinggi | 2003–04 Base: 57.5–57.7 in (1,460–1,466 mm) 2005–08 CE: 58.3 in (1,481 mm) 2005–08 S & LE: 58.5 in (1,486 mm) XRS: 58.1 in (1,476 mm) Verso: 1,620 mm (63.8 in) Verso Clean Power: 1,625 mm (64.0 in) |
Berat Curb | 5-door hatchback (Europe) with 1ND-TV: 1,280–1,330 kg (2,821.9–2,932.1 lb)[13] |
Berkait | Toyota Matrix Toyota Voltz Pontiac Vibe |
Pereka bentuk | John Mcleod (1998)[14] Masao Saito (Corolla Altis/N. American Version: 1998; MY2005 refresh: 2003)[15][16] |
Dimensi lebih besar dari generasi sebelumnya. Ada 2 macam body untuk Sedan 4-pintu, iaitu versi Jepun yang juga dijual di Eropah dan Australia, dan Corolla Altis yang lebih besar untuk Asia Tenggara dan Amerika. Model Station Wagon disebut Corolla Fielder di Jepun, dan juga dieksport ke Australia dan Eropah.
Corolla Sedan terbaru yang disebut Corolla Axio, dan Station Wagon Corolla Fielder dilancarkan di Jepun pada akhir tahun 2006. Model hatchback bernama Auris, dan yang lebih exclusive adalah Blade. Axio, Fielder, dan Auris dilengkapi enjin 1.5 liter VVT-i 1NZ-FE, atau mesin baru 1.8 liter Dual VVT-i 2ZR-FE. Blade menggunakan enjin 2.4 liter VVT-i 2AZ-FE.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.