From Wikipedia, the free encyclopedia
Toyota C-HR (Jepun: トヨタ C-HR , Hepburn: Toyota Shīeichiāru) merupakan sebuah SUV crossover subkompak yang dikeluarkan bermula tahun 2016 oleh pengeluar kereta Jepun, Toyota. Pembangunan kereta tersebut bermula pada tahun 2013, diketuai oleh ketua jurutera Toyota Hiroyuki Koba.[4] C-HR adalah berdasarkan platform TNGA-C (GA-C) yang sama seperti Corolla siri E210,[5][6] dan diletakkan di antara Corolla Cross dan Yaris Cross apabila mengikut saiz.
Toyota C-HR (AX10/AX50) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Juga dikenali | Toyota IZOA (FAW Toyota; China)[1] |
Pengeluaran | November 2016 – kini |
Tahun model | 2018–present (Amerika Utara) |
Pemasangan |
|
Kelas | SUV crossover kompak |
Gaya badan | SUV 5-pintu |
Reka letak |
|
Pelantar | TNGA: Toyota TNGA-C platform/GA-C[2] |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda | 2,640 mm (103.9 in) |
Panjang | 4,360–4,385 mm (171.7–172.6 in) |
Lebar | 1,795 mm (70.7 in) |
Tinggi | 1,565 mm (61.6 in) |
Berat Curb | 1,380–1,460 kg (3,042–3,219 lb) |
Berkait | |
Pereka bentuk | Ian Cartabiano, Katsuhiro Suzuki and Kazuhiro Sato[3] |
Versi pengeluaran bagi C-HR telah diperkenalkan pada Geneva Motor Show Mac 2016 dan pengeluaran dimulakan pada November 2016. Pada 14 Disember 2016, model CH-R telah dilancarkan di Jepun.[7] Bermula awal tahun 2017, ia mula dijual di Eropah, Australia, Afrika Selatan dan Amerika Utara manakala bermula tahun 2018 ia mula dijual di Asia Tenggara, China dan Taiwan. Nama C-HR boleh mewakili sama ada Compact High Rider,[7] Cross Hatch Run–about[7] atau Coupe High Rider.[8]
Pengeluaran awal model ini adalah di Jepun dan Turki. C-HR model tahun 2018–2020 bagi pasaran Amerika Utara diimpot dari Turki.[9]
Di Jepun, C-HR dijual di semua saluran pengedar Toyota (Kedai Toyota, Kedai Toyopet, Kedai Toyota Corolla dan Kedai Netz). CH-R pasaran jepun mempunyai pilihan enjin petrol turbo 1.2 liter, atau enjin hibrid 1.8 liter. Model pacuan roda depan (FWD) boleh didapati dengan kedua-dua enjin. Model pacuan semua roda (AWD) hanya mempunyai enjin turbo 1.2 liter. Trim yang ditawarkan ialah S, S-LED, G, ST dan GT. Model S, S-LED, G mempunyai enjin turbo 1.2 liter, manakala model lain mempunyai enjin hibrid 1.8 liter. Pakej LED adalah eksklusif untuk pakej G dan S-LED.[10]
Model C-HR telah diperkenalkan di Malaysia oleh UMW Toyota Motor pada Mei 2017.[11] Tempahan telah dibuka bermula 11 Januari 2018.[12] C-HR di Malaysia merupakan sebuah model Complete Built-Up (CBU) dari Thailand.[13] Sebuah majilis penyerahan kunci kepada 50 pembeli pertama teah diadakan pada 22 Mac 2018.[14] Hanya model enjin 1.8L 2ZR-FE yang dijual dan harga bermula RM 145,500.
Harga C-HR yang mahal telah memnyebabkan julan yang tidak begitu memberangsangkan. Pada akhir tahun 2020, jualan C-HR di Malaysia dihentikan. Ia telah digantikan dengan Corolla Cross, yang dilancarkan pada penghujung Mac 2021.[15]
C-HR binaan Siam mempunyai enjin 2ZR-FBE atau 2ZR-FE 1.8 liter dan dijual di beberapa negara Asia termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Sebuah versi pasaran ASEAN telah diumumkan di Thailand pada 30 November 2017, di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand ke-34.
Bagi pasaran Indonesia, C-HR telah dilancarkan pada 10 April 2018, pada mulanya dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter. Varian hibrid diikuti kemudian pada 22 April 2019.[16] Pada Mac 2022, jualan varian petrol telah diberhentikan. Varian hibrid tunggal menerima sistem Toyota Safety Sense tanggal 27 Mei 2022.
Di Brunei, C-HR ditawarkan dalam model gred pertengahan, tinggi dan hibrid .[17]
Toyota CH-R telah diperkenalkan di Singapore Auto Show 2017 dan mula dijual selepas itu.[18] C-HR di Singapura dijual oleh Borneo Motors dengan varian enjin turbo 1.2 8NR-FTS sahaja yang dijual. Trim yang ditawarkan ialah Active dan Luxury.[19] Trim 1.8 liter dijual oleh pengimpot pihak ketiga.
Bagi pasaran China, C-HR dijual oleh GAC Toyota, manakala model kembarnya yang dijual oleh FAW Toyota dipanggil IZOA. IZOA menampilkan gril bampar hadapan dengan garisan mendatar dan bukannya jaringan seperti gril bampar pada C-HR. Kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalan di Auto Guangzhou pada November 2017 dan mula dijual pada April 2018. Varian kenderaan elektrik (EV) bagi kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalkan di Auto Shanghai ke-18 pada 16 April 2019, sebagai kenderaan bateri elektrik pertama dalam barisan Toyota yang akan datang.[20]
C-HR EV mula dijual di China pada April 2020. Motor elektriknya menghasilkan kuasa sebanyak 150 kW (201 hp; 204 PS) dan 300 N·m (220 lb·ft) tork. Pek bateri litium-ion 54.3 kWh didakwa mempunyai jarak perjalanan sehingga 400 km (250 batu) mengikut NEDC.[21]
C-HR pasaran Eropah boleh dibeli dengan enjin petrol turbo 1.2 liter, enjin hibrid 1.8 liter atau enjin hibrid 2.0 liter; sama seperti pasaran Jepun.
Transmisi manual 6-kelajuan hanya terdapat pada varian turbo 1.2 liter AWD; transmisi tunggal bagi turbo 1.2 liter AWD dan hibrid ialah CVT.
Nama bagi trim berbeza-beza di negara lain. Di UK, terdapat trim Icon, Design, Excel dan Dynamic. Bagi pasaran Perancis, terdapat lebih banyak variasi nama pemasaran seperti Active, Dynamic, Edition, Graphic, Distinctive dan Collection. Di Romania pula terdapat C-enter, C-ult Style dan C-lassy.
Bagi pasaran Australia, C-HR hanya ditawarkan dengan enjin turbo 1.2 liter 8NR-FTS. Model standard hanya tersedia dalam transmisi manual dan pacuan roda hadapan (FWD) sahaja, model transmisi automatik terdapat pilihan FWD atau pacuan semua roda (AWD). Model Koba boleh didapati dalam kedua-dua varian FWD dan AWD. Kotak gear untuk model asas adalah pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT dengan gear simulasi 7-kelajuan. Koba disertakan dengan CVT sahaja, dan dilengkapi dengan lampu depan LED, tempat duduk kulit, tempat duduk bersama heater, dan sistem kemasukan dan permulaan enjin pintar.[22]
C-HR pasaran Amerika Utara mempunyai enjin petrol 2.0 liter 3ZR-FAE tanpa turbo yang lebih besar yang dan dipadankan dengan kotak gear CVT. Pada asalnya, ia dirancang untuk dijual di bawah nama Scion sebelum marque itu dihentikan.[23][24]
Model tahun 2018 hanya tersedia dalam trim XLE atau XLE Premium[25] Bagi model tahun 2019, C-HR tersedia dalam model LE, XLE, XLE Premium atau Limited.[26]
C-HR yang difacelift telah diperkenalkan di Jepun, Eropah, Australia dan Amerika Utara pada Oktober 2019. Model Eropah menerimaenjin hibrid M20A-FXS 2.0 liter buat kali pertama. Android Auto dan Apple CarPlay menjadi standard. Varian GR Sport juga ditawarkan.[27][28]
Skor ASEAN NCAP [29] | |
Bintang keseluruhan | |
Penghuni dewasa | 35.80/36.00 |
Penghuni kanak-kanak | 40.89/49.00 |
Bantuan keselamatan | 14.92/18.00 |
Tahun kalendar | Eropah [30] | AS [31] | Mexico [32] | Jepun | China (C-HR) [33] | China (IZOA) [34] | Thailand |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2016 | 7,123 | ||||||
2017 | 108,170 | 25,755 | 117,299 [35] | ||||
2018 | 131,348 | 49,642 | 3,504 | 76,756 [36] | 22,720 | 29,080 | 15,930 [37] |
2019 | 119,786 | 48,930 | 2,629 | 55,677 [38] | 59,461 | 52,989 | |
2020 | 101,252 | 42,936 | 1,721 | 33,676 [39] | 55,246 | 45,554 | 3,381 [40] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.