Tompok matahari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tompok matahari Jawi: تومڤوق ماتاهاريcode: ms is deprecated merupakan fenomena sementara pada fotosfera pada Matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding dengan kawasan sekeliling. Ia disebabkan oleh aktiviti magnet yang melampau, yang mengengkang arus perolakan melalui kesan yang sama seperti brek arus berolak, kawasan terbentuk suhu permukaan yang kurang. Sungguhpun ia berada pada suhu sekitar 3,000–4,500 K (2,730–4,230 °C), perbandingan dengan bahan sekitar sekitar pada suhu 5,780 K menjadikan ia jelas kelihatan sebagai tompokan hitam, sebagai keamatan badan gelap panas (jarak dekat dengan fotosfera) yang merupakan fungsi suhu pada kuasa ke empat. Sekiranya tompok matahari diasingkan dari fotosfera sekelilingnya ia adalah lebih terang berbanding percikan gerbang eletrik. Tompok matahari mengembang dan mengucup ketika ia bergerak merentasi permukaan matahari dan boleh jadi sebesar ukurlilit 80,000 kilometer (49,711 batu), menjadikan yang besar kelihatan dari Bumi tanpa bantuan teleskop.[1]
Ia juga mungkin mengembara pada kelajuan bandingan ("pergerakan sebenar") beberapa ratus batu sejam ketika ia mula muncul pada fotosfera suria.
Manifastasi aktiviti magnet yang melampau, tompok matahari mencetus fenomena kedua seperti gelung korona dan peristiwa Penyambungan Magnetik. Kebanyakan suar suria dan hamburan jisim korona berasal dari kawasan aktif magnet sekitar kelompok tompok matahari yang kelihatan. Fenomena yang sama dicerap secara tidak langsung pada bintang biasanya dikenali sebagai tompok bintang dan kedua-dua tompok cahaya dan tompok gelap telah diukur.[2]