Pelakon, penulis skrip dan penerbit Inggeris From Wikipedia, the free encyclopedia
Edward Thomas "Tom" Hardy[1] (born 15 September 1977)[2] ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Inggeris. Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down. Antara filem-filem Hardy yang lain termasuk Star Trek: Nemesis (2002), RocknRolla (2008), Bronson (2008), Inception (2010), Warrior (2011), Tinker Tailor Soldier Spy (2011), Lawless (2012), Locke (2013), The Drop (2014) dan The Revenant (2015) dimana untuk itu beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Beliau juga melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises (2012), "Mad" Max Rockatansky dalam Mad Max: Fury Road (2015), kembar Kray dalam Legend (2015).
Hardy dilahirkan di Hammersmith, London,[3] satu-satunya anak kepada Anne (née Barrett)[4] dan Edward "Chips" Hardy.[5] Beliau dibesarkan di Sheen Timur, London.[6] Beliau belajar di Sekolah Tower House dan Sekolah Reed, kemudiannya di Sekolah Drama Richmond Drama disusuli dengan Pusat Drama London.[7]
Hardy menyertai Pusat Drama London pada bulan September 1998 dan dikeluarkan lebih awal selepas mendapat watak John Janovec dalam minisiri HBO-BBC, Band of Brothers.[8] Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down.[9] Pada tahun 2003, Hardy muncul dalam filem dot the i dan kemudiannya pergi ke Afrika Utara untuk Simon: An English Legionnaire. Pada tahun yang sama, beliau muncul sebagai Shinzon dalam Star Trek: Nemesis.[10] Beliau kembali ke England untuk tampil dalam filem 2003, LD 50 Lethal Dose.[11]
Hardy muncul dalam minisiri BBC 2005 BBC, The Virgin Queen sebagai Robert Dudley.[12] Hardy juga muncul dalam A for Andromeda.[13] Pada tahun 2007, beliau muncul dalam drama BBC Two, Stuart: A Life Backwards sebagai Stuart Shorter.[14] Pada bulan Februari 2008, beliau mempunyai peranan dalam filem British, WΔZ.[15] Pada bulan September 2008, beliau muncul dalam RocknRolla sebagai Handsome Bob.[16] Pada awal tahun 2009, Hardy membintangi Bronson. Pada bulan Jun 2009, Hardy membintangi The Take. Pada bulan Ogos 2009, beliau muncul dalam siri ITV, Wuthering Heights sebagai Heathcliff.[17][18]
Pada tahun 2010, beliau membintangi sebagai Eames dalam filem sains fiksyen Christopher Nolan, Inception dimana beliau memenangi anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA. Hardy menggantikan Michael Fassbender dalam Tinker Tailor Soldier Spy.[19] Hardy membintangi sebagai Tommy Riordan dalam Warrior. Filem ini ditayangkan pada 9 September 2011 oleh Lionsgate Films. Hardy juga membintangi This Means War, sebuah filem romantik komedi 2012. Beliau melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises. Beliau juga mempunyai peranan dalam Lawless (2012).[20] Hardy telah menandatangani untuk melakonkan watak Sam Fisher dalam filem adaptasi siri permainan video, Tom Clancy's Splinter Cell.[21][22] Beliau juga muncul dalam video muzik Riz Mc untuk lagu "Sour Times".[23]
Hardy melakonkan watak Max Rockatansky dalam filem 2015, Mad Max: Fury Road.[24] Lakonannya dipuji oleh pengkritik[25][26] dan filem ini menerima pujian meluas serta mencapai kejayaan box office.[27]
Hardy juga muncul dalam siri BBC One, Taboo. Pada tahun 2015, beliau membintangi sebagai Reggie dan Ronnie Kray dalam filem thriller jenayah, Legend.[28] Pada 7 Disember 2015, Hardy memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Bebas British untuk lakonannya sebagai kembar Kray dan pada malam yang sama, beliau menghadiri pembukaan filem thriller, The Revenant di Dataran Leicester, London.[29]
Hardy berkahwin dengan Sarah Ward pada tahun 1999 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2004. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, Louis Thomas (lahir 2008),[30] bersama teman wanitanya, Rachael Speed, dimana beliau mempunyai hubungan bersama dari tahun 2004 sehingga 2009.[31]
Pada tahun 2009, Hardy memulakan hubungan bersama pelakon, Charlotte Riley. Pasangan ini bertunang pada tahun 2010 dan berkahwin pada bulan Julai 2014.[32][33] Pada bulan Oktober 2015, pasangan ini melahirkan anak pertama mereka.[34][35]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2001 | Black Hawk Down | Spc. Lance Twombly | Dikredit sebagai Thomas Hardy |
2002 | Star Trek: Nemesis | Shinzon | |
2003 | The Reckoning | Straw | |
2003 | dot the i | Tom | |
2003 | LD 50 Lethal Dose | Matt | |
2004 | Layer Cake | Clarkie | |
2006 | Minotaur | Theo | |
2006 | Marie Antoinette | Raumont | |
2006 | Scenes of a Sexual Nature | Noel | |
2007 | Flood | Zack | |
2007 | WΔZ | Pierre Jackson | |
2007 | The Inheritance | Ayah | |
2008 | Sucker Punch | Rodders | |
2008 | RocknRolla | Handsome Bob | |
2008 | Bronson | Charles Bronson/Michael Peterson | |
2009 | Thick as Thieves | Det. Michaels | |
2009 | Perfect | Doktor | Filem pendek |
2010 | Inception | Eames | |
2011 | Sergeant Slaughter, My Big Brother | Dan | Filem pendek |
2011 | Tinker Tailor Soldier Spy | Ricki Tarr | |
2011 | Warrior | Tommy Riordan Conlon | |
2012 | This Means War | Tuck Hansen | |
2012 | The Dark Knight Rises | Bane | |
2012 | Lawless | Forrest Bondurant | |
2013 | Locke | Ivan Locke | |
2014 | The Drop | Bob Saginowski | |
2015 | Child 44 | Leo Demidov | |
2015 | Mad Max: Fury Road | Max Rockatansky | |
2015 | London Road | Mark | |
2015 | Legend | Ronald Kray / Reginald Kray | |
2015 | The Revenant | John Fitzgerald |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2001 | Band of Brothers | Pfc. John Janovec | 2 episod |
2005 | Colditz | 2nd Lt. Jack Rose | 2 episod |
2005 | The Virgin Queen | Robert Dudley, Earl of Leicester | 3 episod |
2005 | Gideon's Daughter | Andrew | Filem televisyen |
2006 | A for Andromeda | John Fleming | Filem televisyen |
2006 | Sweeney Todd | Matthew | Filem televisyen |
2007 | Cape Wrath | Jack Donnelly | 5 episod |
2007 | Oliver Twist | Bill Sikes | 5 episod[36] |
2007 | Stuart: A Life Backwards | Stuart Shorter | Filem televisyen |
2008 | Wuthering Heights | Heathcliff | 2 episod |
2009 | The Take | Freddie | 4 episod |
2013 | Poaching Wars | Diri sendiri | 2 episod; juga penerbit eksekutif |
2014 | Peaky Blinders | Alfie Solomons | 5 episod |
2016 | Taboo | James Keziah Delaney | 8 episod; juga penerbit eksekutif dan penulis |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.