From Wikipedia, the free encyclopedia
The Tokyo Electric Power Company, Inc. (東京電力株式会社 , Tōkyō Denryoku Kabushiki-gaisha, TYO: 9501 ), juga dikenali dengan singkatan Tōden (東電 ) atau TEPCO, ialah sebuah syarikat pembekal elektrik yang berkhidmat untuk kawasan Kantō (termasuk Tokyo), Wilayah Yamanashi, dan bahagian timur Wilayah Shizuoka. Ibu pejabatnya terletak di Uchisaiwaicho, Chiyoda, Tokyo. TEPCO juga membuka pejabat cawangan di Washington, D.C., dan London.
Jenis/bentuk sah | KK awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | TYO: 9501 OSE: 9501 NSE: 9501 |
ISIN | JP3585800000 |
Industri | Tenaga |
Pendahulu | The Tokyo Electric Light Company, Inc. (ditubuhkan pada 1889) |
Ditubuhkan | Tokyo, Jepun (1 Mei 1951 | )
Pengasas | Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu |
Ibu pejabat | Chiyoda, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Tokyo, Kanagawa, Saitama, Chiba, Tochigi, Gunma, Ibaraki, Yamanashi, dan Shizuoka timur |
Perkhidmatan | Janakuasa, pemancaran dan pengedaran bekalan elektrik |
Pemilik | Nuclear Damage Compensation and Decommissioning Facilitation Corporation, Tokyo, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Nippon Life Insurance Company |
Syarikat induk | Nuclear Damage Compensation and Decommissioning Facilitation Corporation |
Anak syarikat | TEPCO Fuel & Power, TEPCO Power Grid, TEPCO Energy Partner, Tokyo Electric Generation Company, Toden Real Estate, TEPCO Renewable Power, JERA, Tokyo Power Technology, Q11528735, TEPCO Logistics, TEPCO Partners, TODEN-YOCHI CO.,INC., Japan Facility Solutions, Recyclable Fuel Storage, Q118466027, TRENDE, Japan Natural Energy |
Tapak web | www.tepco.co.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada tahun 2007, TEPCO dipaksa menutup Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa ekoran gempa bumi Niigata-Chuetsu-Oki. Pada tahun itu, ia melaporkan kerugian pertama sejak 28 tahun.[1] Kerugian syarikat berterusan hingga loji tersebut dibuka semula pada tahun 2009.[2] Ekoran bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, TEPCO mendapat perhatian dunia apabila loji janakuasanya di Fukushima Daiichi menjadi tapak kejadian salah satu bencana nuklear yang paling parah di dunia, menyebabkan 50,000 isirumah penduduk sekitarnya terpaksa berpindah kerana bocornya radiasi ke dalam udara, tanah dan laut.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.