Wilayah Tōhoku (東北地方, Tōhoku-chihō) adalah sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur laut Pulau Honshu, pulau terbesar di Jepun. Kawasan ini juga dikenal sebagai Michinoku (みちのく).

Fakta Segera 東北地方code: ja is deprecated, Keluasan ...
Kawasan Tōhoku
東北地方
Kawasan
Thumb
Kawasan Tōhoku di Jepun
Keluasan
  Jumlah66.951,97 km2 (25.85030 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 1, 2015)
  Jumlah8.982.807
  Kepadatan134,2/km2 (3,480/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)
Tutup

Kawasan ini terdiri dari enam wilayah: Akita, Aomori, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Wilayah Yamagata.

Sebagai daerah kekuasaan terakhir Suku Ainu di Honshu dan sebagai tempat terjadinya banyak peperangan, Wilayah Tohoku mempertahankan reputasinya sebagai wilayah yang paling belakang, dengan menawarkan pemandangan yang indah namun dengan iklim yang melampau.

Tōhoku, seperti kebanyakan kawasan di Jepun, mempunyai banyak bukit dan pergunungan, dengan Pergunungan Ou yang membentang dari utara ke selatan. Walaupun industri besi, baja, simen, kimia, kertas, dan minyak mentah baru bermula pada tahun 1960-an, Tōhoku sudah dikenali sejak lama sebagai 'gudang pertanian' Jepun, kerana wilayah ini membekal Sendai dan Tokyo-Yokohama dengan beras dan lain-lain keperluan pertanian. Tōhoku merupakan pengeluar 20 peratus dari penghasilan beras negara. Namun begitu, iklim yang melampau hanya membolehkan petani di wilayah ini untuk menuai sekali dalam setahun.

Pelancongan merupakan industri utama di Kawasan Tōhoku. Antara tempat-tempat tarikan pelancong:

  • Hirosaki
  • Kepulauan Teluk Matsushima
  • Tasik Towada
  • Lembah Sungai Oirase
  • Tasik Tazawa
  • Kakunodate
  • Taman Negara Pantai Rikuchu
  • Taman Negara Bandai-Asahi
  • Pantai Sanriku
  • Morioka
  • Hiraizumi
  • Aizu
  • Gunung Bandai
  • Tiga Gunung Dewa

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.