From Wikipedia, the free encyclopedia
Titisan sel terabadi adalah sejenis populasi sel dari organisma multisel yang biasanya tidak akan berkembang biak tanpa henti, namun disebabkan mutasi maka dapat menghindari proses normal penuaan sel dan seterusnya dapat terus membelah. Oleh itu, sel-sel ini dapat membiak untuk jangka masa yang lama secara in vitro. Mutasi-mutasi yang diperlukan untuk keabadian sel boleh berlaku secara semula jadi atau secara sengaja untuk tujuan eksperimen. Titisan-titisan sel terabadi adalah alat yang sangat penting dalam penyelidikan biokimia dan biologi sel untuk pelbagai organisma multisel, serta dalam bidang bioteknologi.
Titisan sel terabadi tidak boleh dikelirukan dengan sel induk yang juga berupaya untuk membelah selamanya tetapi membentuk bahagian normal dalam perkembangan organisma multisel.
Terdapat pelbagai jenis titisan sel terabadi. Sebahagian daripadanya adalah titisan sel normal (contohnya yang berasal dari sel induk). Titisan-titisan sel terabadi lain pula adalah setaraf dengan sel-sel kanser dalam keadaan in vitro. Kanser berlaku apabila sel somatik yang tidak dapat membelah secara biasa mengalami mutasi yang menyebabkan penyahkawalan kitaran sel normal sehingga menyebabkan percambahan sel yang tidak terkawal. Titisan-titisan sel terabadi telah mengalami mutasi serupa yang memungkinkan sejenis sel tertentu yang biasanya tidak dapat membelah menjadi berupaya untuk membiak secara in vitro. Asal-usul beberapa titisan-titisan sel abadi, misalnya sel manusia HeLa, berasal dari barah semula jadi. Sel HeLa yang merupakan titisan sel manusia abadi yang pertama, diambil dari Henrietta Lacks (tanpa izin maklum [1] ) pada tahun 1951 di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Maryland.
TItisan-titisan sel terabadi digunakan secara meluas sebagai model ringkas untuk sistem biologi yang lebih kompleks, misalnya untuk tujuan analisis biokimia dan biologi sel untuk sel-sel mamalia yang termasuk manusia. [2] Kelebihan utama menggunakan titisan-titisan sel terabadi untuk penyelidikan adalah keabadiannya. Ini kerana sel-sel itu boleh tumbuh dengan pengkulturan selama-lamanya. Ini mempermudah analisis biologi sel-sel yang mungkin mempunyai jangka hayat yang terhad.
Titisan-titisan sel terabadi juga dapat diklon sehingga pembentukan populasi klon yang dapat tumbuh selama-lamanya. Ini membolehkan analisis diulang sebanyak mana mungkin pada sel-sel yang sama genetiknya. Hal ini berbeza dengan sel-sel primer yang tidak mempunyai kelebihan ini.
Tititsan-titisan sel terabadi digunakan dalam bioteknologi, kerana penggunaannya adalah kaedah yang paling jimat untuk membiak sel-sel yang sama terdapat dalam organisma multisel dalam keadaan in vitro. Sel-sel ini digunakan untuk pelbagai tujuan, bermula dengan pengujian ketoksikan sebatian atau ubat sehingga ke pengeluaran protein eukariot [3]
Walaupun titisan-titisan sel terabadi selalunya berasal dari tisu yang dikenalpasti, mereka telah mengalami beberapa mutasi yang ketara untuk menjadikan dirinya kekal. Mutasi ini dapat mengubah keadaan biologi sel dan mesti dipertimbangkan dalam segala analisis. Tambahan pula, titisan-titisan sel dapat berubah genetiknya merentasi beberapa kali pemindahbiakan (passage), membawa kepada perbezaan fenotip di antara beberapa asingan sel dan seterusnya menyebabkan kemungkinan untuk perbezaan hasil eksperimen bergantung pada masa dan jenis strain asingan bagi sesuatu eksperimen. [4]
Pelbagai titisan sel yang digunakan secara meluas untuk penyelidikan bioperubatan telah tercemar dengsn sel-sel lain yang lebih agresif. Sebagai satu contoh, yang sepatutnya titisan-titisan tiroid menjadi sel-sel melanoma, yang sepatutnya tisu prostat menjadi tisu barah pundi kencing, dan yang sepatutnya tisu kultur rahim yang normal menjadi barah payudara. [5]
Terdapat beberapa kaedah untuk menghasilkan titisan-titisan sel terabadi [6]
Terdapat beberapa contoh titisan-titisan sel terabadi dengan sifat yang berbeza. Sebilangan besar titisan-titisan sel terabadi dikelaskan mengikut jenis sel asalan atau paling serupa dari segi ciri-ciri biologi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.