Tin minuman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tin minuman (تين مينومن) ialah bekas logam direka bagi menyimpan cecair yang boleh dibuka dan diminum terus. Pelbagai minuman boleh disimpan dalam bekas seumpama ini baik yang ringan berkarbonat, beralkohol, jus buah, teh, minuman tenaga atau sebagainya.
Ia lazim diperbuat daripada aluminium (75% yang dihasilkan seluruh dunia)[1] atau keluli berlapis timah (25%). Sekitar 370 bilion tin dihasilkan setiap tahun.[1]