![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/db/History_of_Korea-Later_three_Kingdoms_Period-915_CE.gif/640px-History_of_Korea-Later_three_Kingdoms_Period-915_CE.gif&w=640&q=50)
Tiga Kerajaan Akhir Korea
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tiga Kerajaan Akhir Korea (Hangul: 후삼국시대; Hanja: 後三國時代; Jawi: تيݢ كراجأن اخير كورياcode: ms is deprecated 892–936) terdiri daripada Silla, Hubaekje ("Baekje Akhir") dan Hugoguryeo ("Goguryeo Akhir", ia digantikan oleh Goryeo ). Dua yang terakhir mengaku sebagai pewaris Tiga Kerajaan Korea sebelumnya, yang telah disatukan oleh Silla. Zanan ini muncul daripada pemberontakan kebangsaan semasa pemerintahan Ratu Jinseong dari Silla, dan biasanya merujuk pada era antara penubuhan Hubaekje oleh Gyeon Hwon hingga saat Goryeo menyatukan semenanjung.[1]
![]() | |
Hangul | 후삼국시대code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 後三國時代code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Husamguk Sidae |
McCune–Reischauer | Husamguk Sidae |
Malah, zaman ini mucul dengan berakhirnya Dinasti Silla, dan memandangkan Balhae masih di utara hingga 926, Korea masih dianggap dalam era Utara dan Selatan.
Pada akhir tahun 926, pemerintahan Silla semakin melemah, dan pemerintahan-pemerintahan tempatan muncul sebagai suatu pemberontakan kebangsaan yang disebabkan oleh cukai yang berlebihan di tengah-tengah kekuasaan yang mencengkam di setiap wilayah. Tokoh perwakilannya ialah Gyeon Hwon, Gungye dan Yanggil, yang mengatur kebangkitan Baekje dan Gongye sebagai kebangkitan Goguryeo.
Pada akhirnya, Silla berpecah lagi dan era pasca-samguk bermula. Kemudian, ketika raja Goguryeo mengalahkan Gungye, dan Wang Geon muncul, penjajahan tiga kerajaan masa depan Korea mula berpusat pada Goryeo.