Tiada Sempadan (dokumentari)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tiada Sempadan ialah sebuah siri televisyen dokumentari Malaysia yang meliputi kisah hidup, perasaan dan pengalaman para pekerja asing di Malaysia. Siri 13 episod ini diterbitkan oleh penyiarnya TV9 dengan usahasama DiGi, dan diacarakan oleh Zaleha Khairene Ismail yang juga dinyatakan sebagai "perantara" pihak .
Tiada Sempadan | |
---|---|
Genre | Dokumentari |
Pengarah | Mohd Shahrizal Abd Rahim |
Pengacara | Zaleha Khairene Ismail |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 13 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Mohd Shahrizal Abd Rahim |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Siaran asal | 4 November 2007 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Objektif rancangan ini adalah untuk menitikberatkan kisah-kisah harapan, keberanian dan ketabahan semangat insani. Keunikan rancangan ini terletak pada objecktifnya, iaitu bukan untuk mengajar, sebaliknya setakat berkongsi pengalaman individu-individu ini serta mengilhamkan yang lain.[1]
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, dokumentari ini diwujudkan tepat pada masanya kerana masyarakat tempatan kian memandang hina individu-individu berkenaan dan mengaitkan mereka dengan gejala sosial, tambah beliau; bukan semua mereka bersalah atas perkara-perkara sebegiitu, sebaliknya berniat ikhlas dan terus menumpu perhatian mereka agar mencerahkan masa hadapan keluarga mereka di tanah air masing-masing.[1]